Jutawan Muda PKR, Adam Rosly Kantoi Menipu Lagi Di Mahkamah

Jutawan Muda PKR, Adam Rosly Kantoi Menipu Lagi Di Mahkamah

Apa kejadahnya mamat ni asyik nak membongak saja kerja dia. Lepas satu demi satu cubaan menipu tak berjaya dan asyik terkantoi jer.

Terbaru, dia cuba menipu dengan mahkamah kononnya mendapat pinjaman wang sejumlah RM500,000 daripada seorang Ah Long.

Terima Kasih Adam Rosly Dedahkan Selangor Sebagai Lubuk Kegiatan Haram

Lebih tragik, semasa Ah Long (Tan Hang Yuan) memberi keterangan di mahkamah katanya;

i. Dia tidak pernah menjalankan perniagaan memberi pinjaman atau menjadi ejen kepada mana-mana ah long.
ii. Dia merupakan pengurus pemasaran di sebuah kolej swasta.
iii. Dia tak pernah berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Adam Rosly.
iv. Dia tak mempunyai wang sebanyak itu untuk di­pinjamkan.
v. Tandatangan di dalam dokumen perjanjian yang tertera nama dia dan Datuk Adam adalah bukan tandatangan dirinya.

Apa yang menariknya pula adalah Adam Rosly memiliki salinan MyKad Ah Long tersebut. Hah macam mana tu hahaha. Pening mahkamah ni.

'Ah Long, Nenek, Ibu Mertua' Bantu Adam Rosly Beli Banglo

Untuk info korang, Adam Rosly telah memberikan 2 pernya­taan palsu dan mengemukakan 4 dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lepas. Gila!

Kepada Adam Rosly, elakkanlah menggunakan ilmu membohong seperti diajar oleh Rafizi Ramli. Mamat tu sendiri dah banyak kantoi menipu rakyat.

Bukan sekali dua tetapi 13 kali hahaha.

Sumber: riziqin