rafizi tony pua mat sabu Kalau 1MDB Bukan Main Selongkar, Isu Terowong Semua Bisu & Buta!

Kalau 1MDB Bukan Main Selongkar, Isu Terowong Semua Bisu & Buta!

Ibarat ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’, begitulah sebaik-baik perumpamaan wajar diberikan kepada dua ‘tukang bongkar’ Pakatan Harapan, Rafizi Ramli dan Tony Pua yang diam seribu bahasa berhubung isu terowong dasar laut Pulau Pinang.

tony pua Kerana DAP Pengecut, Rafizi & Saya Harus Buat 2 Debat & Bukan 1 - Eric See-To

Bercakap kepada Malaysian Digest, Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu  Hanifah berkata, kedua-dua pemimpin itu kerap mencipta persepsi buruk terhadap  kerajaan dengan siri pendedahan terhadap pelbagai isu, namun apabila timbul  isu melibatkan kepimpinan mereka sendiri, Rafizi dan Tony ibarat sudah buta dan  bisu.

Tony Pua, Kos Projek Kerajaan DAP Naik RM19 Bilion Bukan Songlap, Bazir Atau Skandal?

“Isu paling nyata adalah isu terowong Pulau Pinang. Di manakah cogan kata CAT  (Cekap, Amanah, Telus) yang dilaungkan mereka (kerajaan Pulau Pinang)? Di mana sikap keterbukaan dan ketelusan mereka?

“Kepada Rafizi, INVOKE tak nak bongkar ke isu terowong? (NGO Pembangkang) BERSIH tak nak tanya ke isu terowong? Jangan tutup sebelah mata apabila kesilapan  berlaku di pihak mereka,” kata Armand merujuk kepada pusat penyelidikan INVOKE  yang dikendalikan oleh Naib Presiden PKR itu.

Rafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal SebulanRafizi Hebat, Bayar Gaji Pekerja INVOKE Awal Sebulan

Armand menerusi laman media sosial instagramnya turut memuat naik video  mempersoalkan perkara sama.

Mengulas lanjut kepada Malaysian Digest, Armand menegaskan bahawa isu terowong  di Pulau Pinang adalah skandal yang jelas dilakukan dibawah pemerintahan  kerajaan Pakatan Harapan berikutan pelbagai fakta dan dokumen sokongan telahpun  didedahkan.

“Apabila berlaku isu ketirisan yang terlampau besar dalam pakatan harapan,  mereka diam seribu bahasa. Itu belum lagi cerita mengenai isu salahguna kuasa di negeri Selangor,” ujarnya.

Armand kerap mendedahkan salahguna kuasa kerajaan negeri Selangor antaranya;  salahguna bantuan khairat kematian kendalian Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan isu perumahan rakyat Selangor.

9 Ahli Parlimen Pakatan Harapan 'Curi' RM10 Juta Duit Khairat Kematian

Dalam pada itu, beliau menggesa agar Pakatan Harapan mencontohi Barisan Nasional (BN) yang lebih telus berdepan masalah dan isu-isu ketirisan seperti kes 1MDB  dan tanah FELDA di Jalan Semarak.

“Jika ada kesalahan tangkap. Jika boleh dikenakan tindakan undang-undang, teruskan. Cuma bila perkara sama dikenakan kepada mereka, mereka katakan mahkamah tidak adil, kejam. Berbeza dengan BN, jika ada berlaku salah guna kuasa dan didapati bersalah, tangkap dan kenakan tindakan,” ujarnya.

Syarikat Terowong Pulau Pinang Raih Untung RM61.5 juta Dari Pendapatan RM51.8 juta

Berhubung cadangan pembinaan terowong, Armand menyifatkan ianya adalah satu  langkah pembaziran oleh kerajaan negeri, hanya kerana ingin tampak hebat berbanding BN yang telah membina dua jambatan Pulau Pinang sebelum ini.

Ujarnya, dana tersebut wajar digunakan sebaiknya untuk pembangunan negeri,  khususnya di bahagian pulau yang berdepan pelbagai masalah.

Tanah Runtuh: Lim Guan Eng Kata Hanya Isu Kemalangan Tapak Kerja?

Di Pulau Pinang, isu rumah di lereng bukit masih tidak selesai, permasalahan alam sekitar juga tidak selesai. Sebelum pilihan raya mereka janji nak  perjuangkan pelbagai isu, tetapi kini sudah dua penggal mentadbir masih tidak  selesai.

“Di mana ketelusan mereka untuk menunaikan janji. Apa sudah jadi dengan alam  sekitar di Pulau Pinang?” katanya lagi.

Sumber: Malaysian Digest