Kolumnis Sin Chew Amat Bimbang Jika Mahathir Kembali Jadi PM

Kolumnis Sin Chew Amat Bimbang Jika Mahathir Kembali Jadi PM

Kolumnis Sin Chew, Tay Tian Yan melahirkan kebimbangan yang amat sangat jika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia semula.

Tian Yan berkata kes bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas merupakan kontradiksi kenyataan Dr Mahathir hari ini dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri pada tahun 1988.

mahathir Kenapa 'Agong Tanpa Tengkolok' Mahu Dinobatkan Sekali Lagi - Fathi Aris Omar

Rencana lengkap Tian Yan sepertimana yang disiarkan amenoworld.org adalah seperti berikut:

Mahathir Semakin ‘Comel’ Tapi Kalau Dia Jadi Calon PM Berpeluh Saya – Tay Tian Yan

Oleh : Tay Tian Yan (Sin Chew Kolumnis)

Dr Mahathir makin tua makin comel, tapi kalau jadi calon PM saya berpeluh sejuk (bimbang amat sangat). Penjelasan Dr M mengenai pemecatan Salleh Abbas tidak masuk akal, dan susah dipercayai. Jika ya pun Salleh complain pasal bunyi bising, tak perlulah sampai pecat Ketua Hakim. Negara Malaysia bukan negara Sultan – malah pada waktu Dr M, kedudukan Raja dan Sultan paling lemah.

Pada 1987, Dr M kalahkan Ku Li dengan 43 undi. Kem Ku Li tidak puas hati lalu membantah di mahkamah ada 78 pengundi hantu, minta mahkamah putuskan keputusan tidak sah, untuk undi semula. Tidak lama selepas itu, 9 hakim tertinggi ditukar jawatan. Pada masa itu, hakim memutuskan UMNO haram.

Dr M kemudian menghala pedangnya pada badan kehakiman, nak perbaiki badan kehakiman, dan mengurangkan kuasa. Salleh Abbas tidak bersetuju – takut campur tangan politik terhadap badan kehakiman.

Mahathir Nafi Pecat Tun Salleh Abas, Benarkah?

Lepas itu, Dr M minta beliau lepas jawatan. Salleh Abbas enggan – lalu dipecat. Kemudian Dr M menubuhkan UMNO baru – dan menyelamatkan diri dan jawatan PMnya. Apakah semua ini kerana satu bunyi bising?

Dr M kata PAS akan kalah semua. Kalau betul ramalannya, saya juga gembira, tapi tak segembira Dr M. Tapi semua prediksi dan komentar politik tak boleh ikut emosi, ikut kata suka hati. PAS akan masuk gelanggang seorang diri sudahpun membuat perkiraan. Mereka tidak akan menang banyak, dan takkan kalah semua.

*Di Selangor, mungkin PAS akan kalah di sesetengah kerusi selepas tiada DAP dan PKR dan tiada undi bukan Melayu tapi di kerusi Melayu, seperti Kedah, Terenganu, Pahang – peperangan tiga penjuru menguntungkan PAS*

Jika Dr M bertaruh dengan kamu, janganlah kamu reject.

Permohonan maaf Dr M – Saya mohon maaf tapi saya tak buat salah – telah memberikan tafsiran baru kepada permohonan maaf. Ini comelnya Dr M. Tapi kalau dia jadi PM, saya bimbang sangat.