anwar Lantik Mahathir PM Sementara Untuk Diambil Alih Bekas Banduan, Idea Gila! - Anina

Lantik Mahathir PM Sementara Untuk Diambil Alih Bekas Banduan, Idea Gila! – Anina

Menobatkan bekas Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai calon Perdana Menteri membuktikan Pakatan Harapan (PH) ketandusan pemimpin yang berkaliber kata Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin.

Anina Saadudin Keluar PPBM

“Tidak masuk akal sama sekali untuk mereka membawa kembali bekas Perdana Menteri ke-4 yang mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mereka adalah musuh utama kepada Tun Dr Mahathir yang sudah berpencen selama 15 tahun untuk diletakkan kembali sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

“Apakah Pakatan Harapan sendiri sudah ketandusan pemimpin-pemimpin muda yang berbakat atau hak pemimpin-pemimpin muda yang bebakat ini memang sengaja disekat?” soalnya dalam satu kenyataan.

Lebih parah lagi, Anina berkata Dr Mahathir hanya PM sementara dan ia akan bakal diganti dengan Anwar Ibrahim, seorang banduan yang telah dua kali pernah dipenjarakan.

mahathir anwar wan azizah Satu Parti Tiga 'Kepala', Logo Ciplak, Janji Kitar Semula, Pakatan Harapan Penuh Komedi

“Rakyat boleh berfikir dengan matang siapakah yang bakal mengantikan pemimpin ulung berusia 93 tahun ini nanti. Sekiranya PH yang dilaungkan sebagai hebat dalam slogan “Selamatkan Malaysia”, adakah mereka tidak memiliki “winnable candidate” lain sebagai calon PM?

“Langkah ini dilihat satu penipuan yang dilakukan secara terang-terangan kepada rakyat Malaysia, mana tidaknya, meletak seseorang calon Perdana Menteri kemudiaan apabila menang kemudiaan digantikan dengan individu yang sudah dua kali dihukum penjara.

“Ini satu kerja gila yang tidak pernah dilakukan, malah ini juga satu rekod dunia yang pernah dilakukan oleh mana-mana parti pembangkang dalam dunia,” katanya lagi.

Sumber: AIDC