hadi awang Lebih Mudah Berurusan Dengan Najib Berbanding Mahathir - Presiden PAS

Lebih Mudah Berurusan Dengan Najib Berbanding Mahathir – Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui mudah berurusan dan bekerjasama dengan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika dibandingkan ketika era kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana jelas beliau, kepemimpinan kerajaan sekarang menunjukkan kesanggupan untuk bersama menegakkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan parti PAS sejak sekian lama.

Katanya, sedangkan sewaktu di bawah pemerintahan Dr. Mahathir, bekas perdana menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini.

Majoriti Yang Hadir Forum Tidak Setuju Mahathir Dalam Pakatan

“Kita kena sedar, kalau dulu semasa zaman Dr. Mahathir, dia tak benarkan kita laksanakan hukum Islam. Namun sejak dia berhenti, dan sekarang PM baharu (Najib), kita ambil pendekatan bertemu secara berdepan dan setuju kita laksanakàn hukum Islam.

“Menteri baharu ini (Perdana Menteri, Najib) boleh berbincang dan sekarang banyak kalangan UMNO mulai sedar dan berfikir untuk tegakkan Islam yang PAS ingin laksanakan hukum Islam,” katanya.

Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 Najib

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika berucap melancarkan Markas Besar PRU-14 N20 Pengkalan Berangan dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, dua Timbalan Pesuhjaya PAS Terengganu, Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.