Mahathir Calon PM: Pakatan Harapan Selangor Berantakan

Mahathir Calon PM: Pakatan Harapan Selangor Berantakan

Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri (PM) Pakatan Harapan (PH) menyebabkan PH Selangor berantakan dan berpecah kepada dua kem.

Satu kem diketuai Pakatan DAP Selangor menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM dan satu kem lagi diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menentangnya.

azmin PKR Mula U-Turn, Mahu Kembali Semula Ke Pangkuan Pakatan Harapan

Ini dibuktikan dengan tindakan Azmin merupakan pengerusi PH Selangor menarik diri daripada menandatangani kenyataan bersama menyokong pengisytiharan yang dibuat konvensyen Ahad lalu berhubung pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Sokongan kenyataan bersama itu hanya ditandatangani tiga tokoh dari Pakatan DAP iaitu Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan Pengerusi PPBM Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

“Kami mewakili Amanah, DAP dan BERSATU (PPBM) ingin menegaskan sokongan tak berbelah bahagi terhadap semua pengisytiharan yang dibuat konvensyen,” kenyataan bersama itu dipetik sepertimana dilapor Malaysiakini.

Nurul Izzah, Puteri Reformasi Menjadi Pejuang Agenda Mahathir

PKR dilihat berpecah dua berkenaan pencalonan Mahathir itu; Satu kem diketuai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membacakan perutusan bapanya menyatakan Anwar Ibrahim bersetuju menerima keputusan bersama PH untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai PM.

Sedangkan, beberapa hari sebelum itu, Azmin turut membacakan perutusan Anwar mendakwa Ketua Umum PKR menggesa agar keputusan PH menamakan PM ditangguhkan.

Susulan pengisytiharan, Ketua Wanita PKR dan anggota parlimen Ampang. Zuraida Kamaruddin menyuarakan bantahannya terhadap “amalan kitar semula” pemimpin.

Zuraida yang juga Setiausaha PH Selangor berkata beliau tiada masalah dengan Mahathir secara peribadi, namun berpandangan bekas perdana menteri itu lebih sesuai jika dilantik sebagai “menteri kanan” berbanding dengan PM.

“…sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Tun Mahathir ketika itu,” kata Zuraida.

PH Selangor yang dibentuk pada September tahun lalu diketuai Azmin sebagai Pengerusi dan dibantu tiga Timbalan Pengerusi mewakili parti masing-masing; iaitu Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH) dan Datuk Abdul Rashid (PPBM).

Selain itu, Sivarasa Rasiah (PKR) turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PH Selangor.

Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Kamarul Hisham (Amanah), masing-masing dilantik Setiausaha dan Penolong Setiausaha PH Selangor.

Turut dilantik Hannah Yeoh (DAP) sebagai Bendahari; Dr Xavier Jayakumar (PKR), Pengarah Pilihan Raya dan Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM) sebagai Pengarah Penerangan.

Saari Sungib (Amanah) dan Gobind Singh Deo (DAP), masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Manifesto Negeri dan Pengerusi Biro Guaman PH Selangor.