muhyiddin Mahathir Kata Johor Tempat Tinggal Kera & Monyet

Mahathir Kata Johor Tempat Tinggal Kera & Monyet

Itulah kegilaan Tun Mahathir. Suka mencari musuh dan berkata sesedap suka kerana dia rasa dia adalah legenda.

Dalam ucapannya di Persidangan Tahunan pertama PPBM, Tun Mahathir mengkritik Forest City Johor. Katanya, “Habislah tanah kita dijual, tidak kiralah Forest City, saya harap Forest City akan betul betul jadi forest (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya.”

Rakyat Johor Terpengaruh Dengan Mahathir, Sama Seperti Derhaka Kepada Saya - Sultan Johor

Ucapan penghinaan itu disambut dengan gelak ketawa oleh para perwakilan termasuk orang Johor seperti Muhyiddin dan YB Dr Shaharuddin.

Sedarkah Muhyiddin, semua prime land di Johor Bahru sudah terjual semasa dia jadi MB samada kepada kroni dan syarikat milik Singapura. Contohnya tanah Mount Austin dan Kemayan City. Yang tinggal hanya tanah di persisiran pantai dan sungai seperti di Danga Bay. Apa yang boleh dibuat ialah penambakan atau reclaimation.

Muhyiddin Tidak Buta Tuli Taat Kepada Sultan, Tapi Sentiasa Buta Tuli Taat Kepada Mahathirj

Inilah sebenarnya projek Forest City. Ia melibatkan penambakan laut membina 4 pulau buatan manusia melibatkan keluasan tanah 1,385.6ha atau 0.01% sahaja daripada seluruh negeri Johor. Dan seperti yang diperjelaskan banyak kali jika ada rakyat asing membeli aset seperti kondominium ia hanya melibatkan penjualan strata di atas tanah reclaimation.

Maka siapa ketawakan siapa? Muhyiddin patut malu kerana tanah-tanah prime sudah tidak ada lagi di Bandaraya Johor Baharu sehingga menyebabkan kera dan monyet terpaksa lari ke hutan Pagoh mencari tempat perlindungan baru.

Dr Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO