Mahathir Mengaku Buat Keluarga Anwar Derita 20 Tahun, Tetapi Tetap Terima Jawatan PM

Mahathir Mengaku Buat Keluarga Anwar Derita 20 Tahun, Tetapi Tetap Terima Jawatan PM

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi punca kepada penderitaan lebih 20 tahun keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keluar masuk penjara beberapa kali.

Berucap semasa Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam semalam, Dr Mahathir berkata tidak mudah bagi keluarga Anwar untuk menerima pencalonannya sebagai Perdana Menteri berikutan Anwar pernah dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan kemudiannya dipenjara sewaktu pemerintahan Dr Mahahthir.

mahathir Reformasi Anwar Ibrahim Kini Jadi 'Reformati'

“Saya sedar perasaan Anwar, sebab masa saya memerintah beliau dihantar ke Penjara Sungai Buloh. Bukan mudah baginya untuk menerima saya. Kita berjabat tangan tetapi untuk terima saya sebagai seorang dari pimpinan parti yang melawan UMNO bukanlah mudah.

“Sebab itu kita mengambil masa lama tetapi akhirnya keutamaan diberikan kepada perjuangan melawan Datuk Seri Najib Razak.

“Bukan sahaja Anwar, keluarganya tentu merasai tekanan apabila Anwar dimasukkan dalam tahanan. Mereka menderita selama 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah untuk keluarga Anwar. Tetapi akhirnya mereka dapat membelakangkan sedikit apa yang dilalui 18 tahun dahulu dan mengutamakan masalah yang dihadapi,” katanya.

Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

Ketika konvensyen berkenaan, Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun ini sementara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pakatan Harapan juga sepakat Dr Mahathir akan menggalas jawatan tersebut sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan dibenarkan untuk menyertai politik semula.

Anwar dijangka dibebaskan pada 8 Jun tahun ini dengan pengecualian satu pertiga daripada tempoh hukuman penjara lima tahunnya yang bermula 10 Februari 2015.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, Anwar sepatutnya dibebaskan pada 10 Jun 2018 tetapi menandangkan tarikh berkenaan jatuh pada hari Ahad, Anwar akan dibebaskan dua hari sebelumnya, iaitu Jumaat, 8 Jun 2018.

Wan Azizah Kesal Anwar Dianggap 'Time Over'

Ketika sidang media, Dr Mahathir menyatakan beliau tidak kisah untuk menjadi Perdana Menteri interim dan tambahnya, dengan usia 92 tahun kini, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi untuk tempoh lama.

“Ia boleh jadi apa saja (satu penggal atau sementara). Saya sudah 92 tahun. Saya takkan lama.”

Beliau juga tidak lagi berpendirian bahawa isu moral Anwar tidak melayakkannya untuk menjadi Perdana Menteri sepertimana dikatakan sebelum ini.

“Itu sejarah. Yang utama sekarang ni nak bagi jatuh UMNO dan Datuk Seri Najib. Takkan hanya kerana itu kita nak bagi pada Najib,” kata beliau.

Ketika konvensyen berkenaan, Pakatan Harapan telah menetapkan pembahagian kerusi parlimen di seluruh semenanjung negara dimana PPBM diperuntukkan 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan PAN 27.

Sumber: Malaysian Digest