lim guan eng Makin Banyak Rahsia Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Terbongkar

Makin Banyak Rahsia Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Terbongkar

Lim Guan Eng kata Kerajaan DAP Pulau Pinang tandatangan kontrak perjanjian untuk bina terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama pada 2013 dengan Konsortium Zenith-BUCG Sdn Bhd. Konsortium Zenith-BUCG pula tandatangan kontrak lantik China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebagai kontraktor utama projek.

Pada 2013, Lim Guan Eng memaklumkan Konsortium Zenith-BUCG dipilih bukan saja kerana mereka menawarkan harga terbaik tetapi Zenith-BUCG juga mempunyai sokongan modal gabungan yang besar melebihi RM4.6 bilion dan pengalaman yang luas dalam pembinaan projek-projek mega di peringkat antarabangsa.

Syarikat Terowong Pulau Pinang Raih Untung RM61.5 juta Dari Pendapatan RM51.8 juta

Namun begitu pada tahun lalu Beijing Urban Construction Group (BUCG) sudah tidak lagi menjadi pelabur atau rakan kongsi dalam konsortium itu. BUCG telah melupuskan pegangannya dalam konsortium itu.

Konsortium itu kini sudah menjadi satu konsortium atau entiti yang berbeza daripada entiti yang membida pada 2011 dan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2013.

Kini “pelabur utama” (mengikut ayat Lim Guan Eng) adalah sebuah syarikat pengeluar pakaian (Voir) yang tiada pengalaman langsung dalam bidang pembinaan projek mega terutamanya pembinaan terowong bawah dasar laut yang rumit dan memerlukan kepakaran tinggi.

Lim Guan Eng kata tak jadi masalah bagi dia kerana bukan syarikat pengeluar pakaian itu yang nak bina jalan dan terowong. Mereka hanya pelabur saja.

Syarikat Fesyen Voir Bina Terowong Dasar Laut Di Pulau Pinang?

Satu lagi persoalan. Bila BUCG menarik diri dari konsortium Zenith-BUCG, konsortium itu bukan saja hilang sebuah syarikat pembinaan yang banyak pengalaman dalam bidangnya malah konsortium juga kehilangan sokongan kewangan yang menjadi salah satu kriteria utama untuk membida projek berkenaan.

Bila BUCG tarik diri, konsortium juga hilang kekuatan sokongan kewangan. Sepatutnya mereka juga hilang kelayakan untuk meneruskan projek kerana syarikat pengeluar pakaian itu tidak punyai sokongan modal yang besar walaupun ia sebuah syarikat tersenarai. Kekuatan kewangan dan sokongan modal kumpulan kini kurang dari RM100 juta.

Sewajarnya perjanjian yang dimeterai itu sudah menjadi tidak sah dah terbatal (null and void). Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangani satu perjanjian baru dengan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd selepas BUCG menarik diri?

Kenapa BUCG menarik diri dari satu projek yang dari peringkat awal lagi sudah sangat menguntungkan itu?

Makin korek, makin banyak ‘keleboq’ yang timbul dalam projek ini. Patutlah SPRM mohon lanjut perintah reman terhadap dua individu utama yang berkepentingan dalam konsortium itu.

Sumber: Azizi Safar