Malaysia, Sudah Bersedia Untuk Hilang RM400 Bilion Duit Bank Negara Pula?

Malaysia, Sudah Bersedia Untuk Hilang RM400 Bilion Duit Bank Negara Pula?

Hampir 30 tahun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir menyembunyikan kerugian sebenar Bank Negara di atas urusan dagangan spekulasi mata wang asing, kata penganalisis ekonomi, Profesor Hoo Ke Ping.

Ujarnya, sepanjang tempoh itulah, Penasihat DAP Lim Kit Siang membuat pendedahan terhadap kerugian sebenar aktiviti Bank Negara tahun 1990-an itu melebihi RM30 bilion walaupun dinafikan oleh Dr Mahathir.

“Kini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah membuktikan bahawa kerugian (Bank Negara) adalah RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun. Dan Lim Kit Siang yang mendedahkan isu ini memeluk Mahathir pula,” ujarnya dipetik video disiarkan di Facebooknya.

Katanya, Lim Kit Siang pernah menulis buku mendedahkan bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada kerugian berbilion ringgit duit Bank Negara.

“Selama 40 tahun kami menghormati Lim Kit Siang, tetapi hari ini mengkhianati diri sendiri dengan memeluk orang paling korup pada masa lampau,” katanya.

Tambah Hoo Ke Ping, tidak mustahil Dr Mahathir akan mengulangi perkara dengan memperjudikan wang rizab Bank Negara yang kini sudah mencecah RM400 bilion.

“Dia (Mahathir) sudah melenyapkan lebih RM30 bilion, tiada siapa mendedahkannya kerana dia melindunginya dengan baik sekali bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Tun) Daim dan lain-lain.

“Dan jika esok dia berjaya menubuhkan kerajaan (bersama Pakatan Harapan), rakyat percaya apabila RM400 bilion rizab Bank Negara hilang, Mahathir pasti akan kata “Saya tak tahu”. Lim Kit Pun akan kata “Saya tak tahu”.”

Tegasnya, jika Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri sekali lagi, beliau akan berpindah keluar dari Malaysia.

“Adakah rakyat Malaysia sangat bodoh segala penipuan ini? Jika anda percaya, sudah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia.

“Jika Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mahathir berkuasa, saya akan tinggalkan Malaysia,” tegasnya.