Malaysiakini Kalah Saman, Rayu Derma RM350,000

Malaysiakini Kalah Saman, Rayu Derma RM350,000

Susulan kekalahan Malaysiakini di mahkamah Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan meluahkan kekecewaannya dan memohon rayuan daripada orang ramai untuk menderma bagi membayar RM350,000.

Syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd pengendali portal Malaysiakini yang dibiayai George Soros diarahkan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membayar ganti rugi bernilai RM200,000 kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM).

Perintah berkenaan diputuskan tiga hakim yang bersidang dan mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini terkhilaf kerana mengetepikan tuntutan RAGM itu.

Ketua panel hakim itu, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, turut membenarkan satu injunksi terhadap penerbitan tiga artikel dan dua video sebagai fitnah.

DC Leaks Bongkar Malaysiakini, KiniTV Dapat Dana Dari George Soros

DC Leaks Bongkar Malaysiakini, KiniTV Dapat Dana Dari George Soros

Mahkamah kemudian mengarahkan Malaysiakini membayar RAGM – yang diwakili Cecil Abraham – sejumlah RM150,000 sebagai kos perundangan walaupun peguam portal terbabit James Khong dan Syahredzan Johan berhujah RM80,000 adalah memadai.

Dua lagi peguam yang mendengar permohonan itu ialah Datuk Mary Lim dan Datuk Suraya Othman.

Dalam penghakiman sebulat suara itu, Suraya menggambarkan laporan serta video diterbitkan Malaysiakini mengenai lombong emas didakwa menjejaskan penduduk Bukit Koman di Pahang itu sebagai melulu dan bersifat merosakkan.

Beliau juga mengambil perhatian bahawa, walaupun mahkamah tinggi sebelum ini mendapati laporan terbabit bersifat fitnah, hakim menerapkan keistimewaan pembelaan yang memenuhi syarat dan mematuhi “pembelaan Reynolds” dalam amalan kewartawanan yang bertanggungjawab demi kepentingan awam.

Beliau juga mendapati mahkamah tinggi melakukan kesilapan dalam undang-undang semasa mempertahankan laporan terbabit.

“Laporan mesti seimbang dan bukan sepihak. Setelah membaca artikel tersebut dan melihat laporan serta video mengenainya, responden hanya menimbulkan kenyataan komuniti Bukit Koman saja,” katanya.

Laporan itu, katanya, tidak menyertakan pandangan balas Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Tanah dan Galian.

“Ini adalah sikap cuai oleh responden (Malaysiakini) kerana Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan sianida bukan menjadi punca (masalah kepada penduduk terbabit). Ia sangat jelas,” katanya.

Suraya juga mempertikaikan cara laporan itu yang dianggapnya bersifat tuduhan dan tidak seimbang serta tidak adil.

“Tiada permohonan maaf atau penarikan balik oleh responden,” katanya dan menambah keadaan itu tidak boleh bergantung kepada aspek kewartawanan bertanggungjawab sebagai pembelaan.

Sumber: sabahkini2