Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen Pakatan Harapan?

Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen Pakatan Harapan?

Mengapa Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin Ayub menangis ketika Konvesyen Pakatan Harapan (PH) Ahad lalu.

Persoalan itu ditimbulkan oleh blog Revolusi Habib yang mendapat sumber dalaman bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Amanah itu tidak gembira dengan pengagihan kerusi PH.

“Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.

“Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN (Amanah) membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan.

“Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan.

“Walau bagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut.

“Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan,” dedah blog itu.

Tak Puas Hati Agihan Kerusi, PAN Johor Boikot Konvensyen

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Amanah supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).

“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Amanah yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.

Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, Amanah mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).

Sumber: AIDC