rahman dahlan Menteri Beri Peluang Rafizi Minta Maaf, Atau Sedia Disaman Sekali Lagi!

Menteri Beri Peluang Rafizi Minta Maaf, Atau Sedia Disaman Sekali Lagi!

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih mempunyai baki sehingga Jumaat, 12 Januari 2018 sebagai tarikh akhir memohon maaf kerana memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung kontrak pelaksana Expo Negaraku 2017.

Abdul Rahman dalam kenyataannya kepada media berkata, peguamnya dari Tetuan Raja Riza & Associates telah mengeluarkan surat tuntutan agar Rafizi menarik balik kenyataan fitnah yang disiarkan secara langsung di halaman Facebooknya pada 8 Januari 2018.

Katanya, Rafizi telah mengeluarkan kenyataan palsu pada sidang media berkenaan berhubung pemberian kontrak Ekspo Negaraku 2017 yang kononnya diberikan kepada abang Rahman bernama Raslan Dahlan melalui syarikatnya PICO Intergrated Exhibit (M) Sdn Bhd.

expo negaraku Kantoi Fitnah Abdul Rahman Dahlan, Rafizi Padam 'Posting' Facebook

“Setelah meneliti pandangan undang-undang yang telah diberikan oleh peguam saya, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli,” katanya.

Jelas Abdul Rahman, pihak peguamnya cuba untuk menghantar sendiri surat tuntutan kepada Rafizi secara sendiri namun Ahli Parlimen Pandan itu tiada di pejabat di Pusat Khidmat Parlimen Pandan di kedua-dua masa notis itu dihantar.

“Oleh yang demikian, surat tuntutan tersebut telah diterima oleh Mohd Shariffudin dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan tersebut.

“Surat tuntutan tersebut menuntut antara lainnya supaya Rafizi Ramli menarik balik kenyataan beliau tersebut dan menerbitkan permohonan maaf terhadap saya dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat tuntutan tersebut,” katanya.

Jelas Menteri JPM Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu lagi, Rafizi boleh mengelak untuk disaman dengan syarat menarik balik kenyataan fitnah dan memohon maaf sebelum tarikh matang notis saman berkenaan.

Surat Terbuka Luahan Hati Untuk YB Rafizi

“Sekiranya Rafizi Ramli gagal untuk mematuhi surat tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, saya akan mengarahkan  peguamcara saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli,” katanya lagi.

Rafizi merupakan ahli pembangkang yang mempunyai rekod terbanyak berdepan saman fitnah termasuk tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan CEO NFCorp Datuk Seri Salleh Ismail.

Pada Disember 2017, Rafizi memfitnah Abdul Rahman dengan mendakwa menteri berkenaan melantik ahli keluarganya sebagai kontraktor pelaksana Expo Negaraku.

Ianya berdasarkan ‘siasatannya’ membuktikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan, merupakan abang kandung Abdul Rahman.

Setelah mendapati dakwaan tersebut tidak benar, video siaran media Rafizi membuat tuduhan berkenaan dipadam dari Facebook Ahli Parlimen Pandan itu.