Muhyiddin Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Muhyiddin Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ apabila akur dengan segala kemahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Muhyiddin sendiri menyatakan kesediaannya sebagai kuli dalam satu majlis ceramah.

Beliau berkata, apa yang berlaku kepada Muhyiddin sebagai Presiden PPBM adalah gambaran sebenar bahawa Mahathir berkeupayaan untuk kembali menjadi diktator.

Kasihan Mengenang Nasib Muhyiddin Di Ambang PRU14

“Sebenarnya dia (Muhyiddin) sudah pun menjadi kuli. Ibarat orang yang makan cili, maka dialah yang terasa pedasnya. Dan memang akan terus dikulikan oleh Mahathir dan yang lain lain.

“Orang lain pun nampak begitu. Sebagai presiden parti, namanya terpinggir. Jangankan perdana menteri sementara, timbalan perdana menteri sementara pun tidak tersenarai,” katanya yang dipetik melalui Facebooknya, hari ini.

Dakwa Mohd Puad, Muhyiddin terpaksa keluar daripada UMNO kerana mengikut skrip Mahathir.

Apa Sudah Jadi Antara Mahathir & Muhyiddin

“Semasa dalam UMNO dia dijanjikan jawatan perdana menteri kalau konspirasi mereka berjaya. Konspirasi itu meyakinkan kerana kononnya kertas pertuduhan telah siap sedia.

“Di Milan Italy, Muhyiddin menunggu tindakan selanjutnya. Semua ternanti nanti sidang media beliau. Tetapi Muhyiddin tidak berani mengisytiharkan supaya Najib (Datuk Seri Najib Razak) meletak jawatan atau membuat peralihan kuasa seperti yang beliau lakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Di situlah konspirasi dalaman mereka mula runtuh. Balik Malaysia, Muhyiddin menjadi defensif dan terpaksa keluar parti kerana mengikut skrip Dr Mahathir,” katanya lagi.

Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib

Mohd Puad berkata, kini Muhyiddin dalam keadaan tersepit dalam mengekalkan kerusinya di Pagoh yang dipertahankannya hampir empat dekad itu.

“Semua kajian termasuk oleh Merdeka Centre melaporkan dia akan kalah di Pagoh. Perlukah dia mencari tempat selamat di luar Pagoh? Sebagai anak jantan dia perlu kekal bertanding di Pagoh,” ujarnya.