Muhyiddin Tuduh UMNO-PAS Berkhalwat, Tapi Tak Sedar PPBM Kena 'Liwat' - Penganalisis

Muhyiddin Tuduh UMNO-PAS Berkhalwat, Tapi Tak Sedar PPBM Kena ‘Liwat’ – Penganalisis

Kenyataan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh UMNO dan PAS sedang ‘berkhalwat’ jelas menunjukkan keterdesakannya yang semakin tenggelam sebaik menyertai blok pembangkang.

Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Norvandri Hasan Basri  berkata, Muhyiddin nyata kecewa apabila PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan  Harapan dan lebih mesra bersama UMNO.

Malah, Dr Norvandri menggelarkan bekas Timbalan Presiden UMNO itu sebagai  individu tidak berprinsip kerana bekerjasama dengan DAP yang selama berada  di dalam UMNO sebelum ini disifatkan Muhyiddin sebagai parti paling rasis.

Kasihan Mengenang Nasib Muhyiddin Di Ambang PRU14

“Dan sekarang, Muhyiddin Yassin telah melanggar segala yang diperkatakannnya itu apabila bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.

“Ini bukan berkhalwat lagi tetapi meliwat prinsip sendiri. Manakala PPBM dan DAP sedang meliwat sesama sendiri!” tegas Dr Norvandri dipetik kenyataan disiarkan  portal berita.

Muhyiddin ketika Konvensyen Pakatan Harapan berucap, “PAS yang sebelum ini  menunjukkan minat untuk bersama kita sudah pun terpisah, tidak bersama kita dan nampaknya mereka pun sedang berkhalwat dengan UMNO”.

Kata Dr Norvandri, orang ramai tidak pernah melupakan kata-kata Muhyiddin menyifatkan mana-mana orang Melayu yang bekerjasama dengan DAP sebagai pengkhianat bangsa dan hanya menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata.

Muhyiddin Kata DAP Mahu Tubuh Negara Republik Malaysia

Berikut merupakan antara pengakuan Muhyiddin terhadap DAP:

1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di  Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.

2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang  Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba  dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan,  menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

4. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari  dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok  tertentu dari kaum tertentu sahaja.

Apa Sudah Jadi Antara Mahathir & Muhyiddin

Mengulas lanjut mengenai ucapan Muhyiddin di Shah Alam, Ahad lepas, Dr Norvandri berkata Muhyiddin adalah individu paling kecewa sekali dalam kalangan ahli Pakatan Harapan kerana tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri, sebaliknya nama Tun Dr Mahathir Mohamad pula diangkat.

“Apa tidaknya, nama beliau diangkat menjadi calon Perdana Menteri oleh Mahathir dan partinya dipermulaan episod penubuhan parti PPBM.

“Tetapi kini, nama beliau hilang entah ke mana,” ujarnya sambil menyoal sama ada Muhyiddin akan kembali ‘u-turn‘ kepada UMNO.

Sumber: Malaysian Digest