bn Najib Akan Menang PRU14, Rampas Semula Majoriti Dua Pertiga - Merdeka Center

Najib Akan Menang PRU14, Rampas Semula Majoriti Dua Pertiga – Merdeka Center

Rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak dari Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka gagal, menurut kaji selidik seluruh negara yang dijalankan oleh Merdeka Center.

Kaji selidik yang dijalankan pada Disember itu mendapati walaupun undi popular Barisan Nasional (BN) mungkin akan jatuh lagi, kombinasi PAS akan menyebabkan pertandingan tiga penjuru dan pelaksanaan persempadanan semula boleh membawa BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Financial Times Ramal BN Akan Menang PRU14

Sikap perpecahan Pakatan Harapan (PH) juga boleh menyebabkan kegagalan pembangkang, menurut kaji selidik yang dibentangkan pada CIMB 10th Annual Malaysia Corporate Day minggu lalu.

“BN hanya kurang 13 kerusi untuk dapat semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Dengan persetujuan antara pembangkang semakin menjauh, BN berada pada kedudukan untuk mengembalikan dua pertiganya,” kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian.

“Prospek pembangkang dari nipis ke kosong apabila pemimpin PAS nampak berminat untuk menghalang kemenangan PH. PAS nampak bersedia membantu UMNO demi memelihara hak politik orang Melayu.”

PAS mungkin kalah di Kelantan dan Selangor sebagai balasan untuk “habuan yang tidak khusus”, kata kaji selidik itu.

Ringkasnya, jangkaan kemenangan BN hampir tidak ada kena mengena dengan dasar Najib atau tarikan BN.

Jika Najib menang, ia kerana tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjauhkan parti Islam itu daripada pembangkang, hingga memecahkan undi Melayu yang memihak kepada UMNO.

Kaji selidik itu juga berkata negeri utama yang akan bertempur pada PRU14 ialah Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

Sentimen pengundi terhadap PH

Kaji selidik itu mendapati persepsi terhadap pembangkang menurun pada Disember.

Angka keseluruhan responden yang berkata mereka “gembira” dengan PH hanya 21%, sementara pengundi Melayu yang berasakan begitu terhadap pembangkang 13%.

Pada masa sama, sentimen terhadap kerajaan meningkat sejak September walaupun mood orang ramai kekal berhati-hati kerana faktor ekonomi dan politik.

Pada Disember, 37% responden berkata negara ini berada pada landasan hala tuju yang betul sementara 50% tidak bersetuju.

Kaji selidik itu menunjukkan tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia masih lagi inflasi (68%), rasuah (36%) dan peluang pekerjaan (19%).

Kebimbangan lain perumahan, ketidakstabilan politik, pemeliharaan hak Melayu, kelemahan kepimpinan dan hubungan antara kaum yang menurun.

Bimbang dengan tuduhan terhadap integriti Najib dan skandal 1Malaysia Development Bhd masing-masing hanya 3% dan 2%.

Pembentangan itu berkata kedudukan Najib dalam UMNO semakin mengukuh akibat kekurangan kepimpinan alternatif yang berkelayakan, sentimen meningkatkan ekonomi dan caranya menayang imej Melayu Islam.

Sumber: The Malaysian Insight