lim kit siang Pakatan DAP Gerakkan Perhimpunan BERSIH Mac Ini?

Pakatan DAP Gerakkan Perhimpunan BERSIH Mac Ini?

Benarkah Pakatan DAP sedang menggerakkan satu mobilisasi perhimpunan jalanan di sekitar ibu kota yang berselindung di sebalik perhimpunan BERSIH 5 pada Mac ini.

Persoalan itu dibangkitkan oleh laman, storiesbehindstories.com, yang mendedahkan tujuan perhimpunan itu untuk menghidupkan gelombang sokongan terhadap Pakatan DAP bagi menghadapi PRU14.

DAP Di Belakang Maria Chin BERSIH

“BERSIH akan menganjurkan demonstrasi untuk mencipta gelombang kebencian politik terhadap kerajaan pusat. Bulan Mac adalah masa yang sempurna untuk berbuat demikian.

“Pilihanraya umum semakin dekat dan para pakar telah membuat spekulasi bahawa ia akan diadakan antara Mac hingga Jun 2018,” dedah laman tersebut.

Penganjuran demonstrasi jalanan di ibu kota (kawasan bandar) adalah modus operandi biasa yang pernah dilakukan pakatan DAP sejak PRU 1969.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam bukunya bertajuk “13 Mei : Sebelum dan Selepas” mendedahkan pakatan DAP telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1969, iaitu sehari sebelum hari mengundi.

Sebaik Sasaran Dicapai, Aktivis BERSIH Akan Melesapkan Diri - Peguam Australia

Perhimpunan itu diadakan bertopengkan perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ (Lim Soon Seng) anjuran parti Buruh meniupkan api perkauman untuk memberi undi simpati kepada Pakatan DAP yang terdiri beberapa parti lain iaitu DAP, Gerakan dan PPP.

Implikasi demonstrasi itu, DAP mengaut keuntungan melonjak dengan memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di kawasan bandar,iaitu 13 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN.

Pakatan DAP melalui Gerakan pada awalnya berjaya menawan Pulau Pinang yang kemudiannya kembali kepada BN selepas Gerakan menyertai BN.

Di kawasan majoriti pengundi Cina, undi sokongan terhadap Pakatan DAP melonjak tinggi, hingga hampir berjaya menawan Perak dan Selangor.

Modus operandi yang sama dilakukan pakatan DAP bagi menghadapi PRU 2008, di mana demonstrasi jalanan dilakukan di ibu kota diadakan beberapa bulan sebelum hari mengundi.

Demonstrasi jalanan itu bertopengkan BERSIH-menuntut pilihan raya yang adil dan bersih yang diadakan pada 10 November 2007.

Implikasi demonstrasi itu, pakatan DAP berjaya menawan Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.

Sumber: AIDC