Pakatan Pembangkang Gagal Tunai Manifesto 2008 Isu Kuil

Pakatan Pembangkang Gagal Tunai Manifesto 2008 Isu Kuil

Pakatan pembangkang gagal menunaikan manifesto 2008 untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan perobohan tempat ibadat masyarakat India, kata Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivaraajh.

Beliau berkata, semenjak pakatan mentadbir negeri Selangor, lebih 20 kuil telah dirobohkan.

Sehubungan itu, Pemuda MIC telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memberi nasihat kepada persatuan kuil-kuil India di seluruh negara berhubung masalah mereka termasul soal perobohan, katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC, di sini hari ini.

“Kuil-kuil yang berusia lebih dari 80 ke 100 tahun, dan mengalami masalah, harus menghubungi MIC dengan serta merta, jangan tunggu lama, kami boleh membantu,” ujarnya.

Mediashahalam: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkir janji apabila merobohkan kuil hindu tidak seperti dijanjikan.

Setiausaha MIC Selangor, Rawisandran Narayanan, berkata beliau kecewa dengan sikap kerajaan PKR Selangor yang mengkhianati janjinya terhadap masyarakat India.

“Sewaktu mula-mula ambil kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat berjanji tidak akan merobohkan kuil-kuil yang ada di negeri ini.

“Tapi malang apabila kerajaan Selangor yang ada hari ini bertindak zalim merobohkan kuil tanpa pengetahuan pihak berkenaan ataupun pengurusan kuil.

“Oleh itu saya menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan negeri berhubung dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, kerajaan PKR Selangor bukan saja menzalimi masyarakat India, malah menipu kepercayaan yang diberikan.