amanah PAN Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU14 Diboikot

PAN Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU14 Diboikot

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menuntut pimpinan AMANAH pusat bertegas dalam soal pembahagian kerusi dan mendesak AMANAH di peringkat negeri dibenarkan bertanding paling minima 18 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketuanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata jika jumlah calon DUN untuk AMANAH gagal diperolehi, beliau bimbang akar umbi parti akan memboikot PRU14 di Johor.

Diketepikan Kerusi Parlimen, Kesedihan Selubungi Perjumpaan PAN Wilayah Persekutuan

“Jika berlaku agihan kerusi DUN yang tidak seimbang, ia berisiko mengundang keadaan tidak terkawal ahli di bawah.

“Kita khuatir tindakan boikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan menatijahkan kesan buruk terhadap harapan rakyat,” katanya dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu hari ini.

Muhammad Taqiuddin berkata tindakan memboikot itu bukan suatu perkara yang dipandang mudah kerana AMANAH Johor telah memboikot Konvensyen PH Ahad lalu apabila tidak berpuas hati parti itu hanya dibenarkan bertanding hanya dua kerusi Parlimen di peringkat negeri.

“Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi AMANAH Johor, Timbalan Presiden, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Pengerusi Johor, YB Haji Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya,” katanya lagi.

Sumber: AIDC