PAS Umum Tanding Di Gombak & Bukit Antarabangsa, Azmin Bingkas Balas Dendam

PAS Umum Tanding Di Gombak & Bukit Antarabangsa, Azmin Bingkas Balas Dendam

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan melancarkan operasi membalas dendam sebaik sahaja PAS Selangor mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, dua kawasan yang dimenangi Timbalan Presiden PKR itu pada PRU 13.

Hanisya Abdul Hamid yang juga bekas aktivis PKR berkata sifat balas dendam adalah sebahagian daripada keperibadian Azmin.

Pemimpin DAP Berpesta Hentam Azmin Di Media Sosial

“Omak sudah merasai dan alami dulu ketika duduk dalam PKR sebagai AJK Biro Penerangan Pusat PKR yang tidak sehaluan dan berbeza cita rasa siapa yang patut menjadi Timbalan Presiden PKR semasa pemilihan Keadilan 2014 yang lalu.

“Azmin Ali memiliki sifat dan watak pedendam kelat ketat kaudu.

“Ingatkan sesudah menjadi Dato’ MB Selangor dirinya berubah kearah lebih pemaaf. Menerima kepelbagaian dan menghormati dan meraikan perbezaan pandangan dan berlainan kefahaman politik.

“Mu tunggulah wahai Azmin Ali .. rakyat tahulah macam mana nak membalasnya nanti. Tak lama lagi pun kita akan turun bertempur dan bertarung dalam PRU ke-14,” kata Hanisya yang juga dikenali sebagai Omak Kau.

Amboi Sombongnya Azmin Ali Walhal Jadi Menteri Besar Pun Hasil Sokongan PAS

Tambahnya, jika Azmin boleh memberi layanan buruk terhadap PAS yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor, apatah lagi kepada rakyat biasa yang anti kepimpinannya.

“PAS sebahagian dari kerajaan Selangor pun dilayan sebegitu rupa oleh pemimpin Membingkai Muafakat Demi Rakyat yang sentiasa Peduli Rakyat tidak lain tidak bukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

“Tak mampu nak fikir apa dia sanggup lakukan keatas rakyat yang anti dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Kenyataan Hanisya itu merujuk kepada tindakan Azmin berkaitan sekatan peruntukan terhadap PAS dan pembatalan tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk program Fastaqim 2.4 Ahad ini yang akan dianjurkan PAS Selangor.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

“Mula-mula potong peruntukan tahunan bagi Ahli Majlis, ADUN dan anggota parlimen dari PAS di Selangor.

“Kini disusuli dengan membatalkan tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor lokasi Fastaqim 2.4 PAS Selangor yang bakal berlangsung Ahad ini.

“Kepada Azmin Ali sila ambil maklum .. kamu dera, aniaya dan seksa PAS dengan mengayam permusuhan menebal terhadap PAS, maka kamu tunggu hari pembalasan nanti dipeti undi waktu PRU ke-14 nanti.

“Kepada PKR dan Azmin Ali .. Mu tunggu .. paling lama pun lagi 6 bulan sahaja kamu menjawat jawatan sebagai Dato’ MB Selangor kalau kamu berterusan berperangi sadis lagi jijik ini.

“Lawan Tetap Lawan .. Lawan Sampai Kamu Tumbang,” katanya lagi.

Sumber: AIDC