lim guan eng Patutlah Mat Sabu Marah Sangat PAS Putus Hubungan Politik Dengan DAP

Patutlah Mat Sabu Marah Sangat PAS Putus Hubungan Politik Dengan DAP

Perlantikan Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang mengesahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyogok bantuan kewangan kepada Presiden PAN di sebalik jawatan agensi kerajaan negeri tersebut.

lim guan eng mat sabu Akar Umbi Desak PAS Putuskan Hubungan Parti Ada Kaitan DAP & PAN

“Patut la abang Mat Sabu marah sangat PAS putus dengan DAP. Elaun saja RM 15,000 seperti (pendedahan) Razali bekas SUA politik DAP Penang kata, ingatkan itu fitnah. Rupanya memang ada dedak di sebalik tokong.

“Sebelum ni abang Mat telah pun melepaskan jawatan sebagai penasihat Perbadanan Air Pulau Pinang ketika PAS putuskan hubungan dengan DAP di muktamar PAS tempohari, tetapi itu mungkin hanya lakonan simpati yang kononnya berperinsip.

“Bila kita dedahkan hal ini marah penyokong-penyokong PAN DAP. Terus depa ungkit fitnah PAS dapat 90 juta. Kita tanya bukti mana? Terus puak ni pusing-pusing ke langit,” kata Tuan Mohd Shah dalam Facebook.

Mat Sabu Disaman Fitnah RM1.5 Juta, Lim Kit Siang Senyum Saja

Kedudukan Mat Sabu dalam Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang terkandung dalam pautan Halal Penang.

Tuan Mohd Shah menambah pelantikan ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man sebagai Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang juga bakal menjerat diri sendiri pada PRU 14 nanti.

“Harum manis DUN Permatang Pasir menunggu untuk gugur seperti (Ahli Parlimen PAS) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar),” katanya lagi.