Pengundi Cina, Anda Pasti Nak Mahathir Jadi PM Semula? Tanya Veteran DAP

Pengundi Cina, Anda Pasti Nak Mahathir Jadi PM Semula? Tanya Veteran DAP

‘Tsunami Cina’ 2013 merupakan penyumbang besar kepada kutipan undi tinggi untuk Pakatan Rakyat (kini dikenali sebagai Pakatan Harapan) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan harapan boleh menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sentimen pengundi Cina terhadap pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2013 tidak berubah sehingga kini, dan wajar ditukar kepada calon alternatif daripada Pakatan Harapan, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, adakah itu jalan terbaik kepada pengundi Cina? Soal bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tan Tuan Tat.

Pengundi Cina Tolak Pakatan Kerana Mahathir - Kolumnis Akhbar Cina

“Jika benar Najib, PM sekarang digulingkan, adakah anda fikir Mahathir yang merupakan punca negara kita teruk sekarang boleh menggantikan Najib, atau sekadar suka-suka dan perasaan marah sahaja mahu gantikannya?

“Kita pengundi Cina perlu bersikap wajar dan tidak dibutakan dan mengundi secara beremosi,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysian Digest.

Asas kepada kemarahan pengundi Cina terhadap kerajaan Najib kini berdasarkan cakap-cakap “Najib adalah PM mengamalkan rasuah paling teruk dalam sejarah”, namun ramai tidak dapat membuktikan Najib benar-benar mengamalkan rasuah sepertimana yang digembar-gemburkan.

“Apa yang pasti, mereka membuat pertimbangan berdasarkan khabar angin disebarkan di atas talian dan orang sekeliling mereka. Jadi, khabar angin menjadi asas kepada mereka untuk membuat keputusan mengenai masa depan negara (termasuk masa depan mereka sendiri) semasa PRU”.

najib Sibuk Tanya RM2.6 Bilion, Rizab Negara Naik RM340 Bilion Tak Tanya?

Namun, apa yang pengundi Cina tidak sedar adalah, ‘hasil tangan’ mereka telah mengakibatkan jumlah wakil rakyat daripada masyarakat Cina di parlimen juga semakin berkurang terutama di peringkat kerajaan pemerintah.

Dan apa yang lebih menyedihkan kata Tuan Tat, ada dalam kalangan pengundi Cina tidak kisah mengenainya asalkan Najib digulingkan untuk ‘selamatkan Malaysia’.

“Hak masyarakat Cina untuk bercakap di parlimen telah turun dengan mendadak sekali berikutan jumlah ahli parlimen BN daripada masyarakat Cina. Agihan dana kepada mereka yang memerlukan tidak memihak kepada kaum Cina. Tsunami Cina pada PRU13 jelas menunjukkan seperti kaum Cina menentang kerajaan walau apa jua sumbangan diberikan.

“Sekolah Cina adalah satu keistimewaan bukannya kewajipan. Masyarakat India sedar akan perkara ini dan mereka menyokong BN maka kerajaan memberikan dana tambahan kepada sekolah India. Siapa yang perlu disalahkan? Sama ada kamu menyokong kerajaan demi masa depan atau dipinggirkan.

“Sumbangan kerajaan perlu dihargai dan ini adalah negara kita. Jangan salahkan orang lain diatas kesalahan sendiri. Akibat kesilapan membuat keputusan disebabkkan oleh berita palsu kini sudah muncul”.

Menyentuh dakwaan rasuah Najib, Tuan Tat menegaskan, pelabur asing tidak akan melimpahkan dana ke Malaysia untuk membina pelbagai projek mega sekiranya benar Perdana Menteri mengamalkan rasuah.

“Perkara penting bagi setiap pengundi Cina amati adalah kita masyarakat Cina mahukan ekonomi yang baik. Sudah tiba masanya untuk mendapatkan cerita sebenar berbanding membuat keputusan berdasarkan berita palsu dan khabar angin sahaja.

“Dari segi Pelaburan Langsung Asing (FDI), Arab Saudi melaburkan RM31 bilion, India menandatangani MOU RM158 bilion sementara China melaburkan RM144 bilion ke Malaysia.

“Perdana Menteri China yang menentang rasuah habis-habisan dan anda nak beritahu saya yang Perdana Menteri itu juga mengamalkan rasuah? Jangan lupa pepatah Inggeris, burung berbulu sama terbang bersama,” kata Tuan Tat menolak dakwaan Najib mengamalkan rasuah.

Tambahnya, jumlah FDI dibawa pemerintahan Najib adalah apa yang masyarakat Cina mahukan selama ini menunjukkan Perdana Menteri dengar dan sedar apa yang masyarakat mahukan kepada ekonomi negara.

Pakar Ekonomi Pertahan Dasar Ekonomi Najib

Ujarnya, pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan pencapaian hebat dimana Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLIC) mencecah 1800 mata pada 4 Januari tahun ini.

“Anda tahu bila kali terakhir kita capai 1,800 mata? Ianya sekitar 3 tahun lalu pada tahun 2015. Mengapa pasaran menurun? Ianya kerana dakwaan terhadap 1MDB dicipta oleh Dr Mahathir.

Sekarang, kita berjaya sekali lagi kerana pelabur asing tahu siapa mereka perlu percaya dan siapa tidak. Kita juga mesti berpengetahuan dan tidak mudah tertipu,” katanya lagi.

Tuan Tat turut menyentuh dakwaan ‘jual negara’ yang sering dimainkan Dr Mahathir termasuk isu Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang menjadi mercu tanda ikonik kepada hubungan dua hala Malaysia dan China.

mckip Contoh Pandangan Jauh Untuk Mengimbangi Pembangunan Pantai Barat & Timur

“Sebenarnya ada sebidang tanah di QinZhou Cina yang mempunyai fungsi sama seperti MCKIP, dinamakan Taman Industri China Malaysia Zinzhou (CMQIP) yang lebih besar dari segi saiz tanah dan jangkaan pelaburan daripada apa yang kita ada di Kuantan.

“Jadi, mengapa Mahathir tidak katakan yang China telah menjual negara mereka kepada Malaysia di mana Jalur Gemilang berkibar tinggi dan megah di China?” tegasnya lagi.

Justeru, Tuan Tat menggesa agar pengundi Cina mula sedar akan pencapaian Malaysia yang dibawa oleh Najib dan tidak lagi tertipu dengan Dr Mahathir ingin membentuk kerajaan bersama DAP yang sejak memerintah Pulau Pinang mencatatkan pendapatan per kapita ketiga terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

Sumber: Malaysia Digest