Perjanjian Air: Mahathir Punca Negara Rugi Hampir RM100 Bilion

Perjanjian Air: Mahathir Punca Negara Rugi Hampir RM100 Bilion

Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar mendedahkan kenapa tidak mengkaji semula Perjanjian Air Malaysia-Singapura pada 1987, yang didakwa menyebabkan negara kerugian hampir RM100 bilion.

Pengerusi Persatuan Aktivis Media Sosial, Datuk Kamarudin Ahmad, berkata kerajaan pimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun gagal dalam memperjuangkan hak negara untuk menjana lebih pendapatan menerusi penjualan air mentah kepada Singapura, apabila negara terpaksa kekal menjual setiap 1,000 gelen air pada harga serendah tiga sen sepanjang tempoh 100 tahun sehingga tahun 2062.

Beliau yang juga seorang peguam, berkata perjanjian yang ditandatangani pada 1962 itu menetapkan harga penjualan air mentah dari Malaysia kepada Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun, iaitu pada 1987.

Pelik, Mahathir & Pengikut Serang Semua Projek Yang Mengancam Singapura

“Bagaimanapun, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri bermula Julai 1981 hingga Oktober 2003, tidak melakukan sebarang kajian semula. Tidak ada cadangan dibuat pada Singapura untuk kaji semula harga itu.

“Ia (harga air) sepatutnya dikaji semula. Sepatutnya, ketika inflasi pada 1987 kita sudah boleh jual air mentah pada harga RM1 untuk 1,000 gelen kepada Singapura jika perjanjian itu dikaji semula.

“Kalau kita boleh jual RM1 bagi setiap 1,000 gelen, ia sudah naik 97 sen. Kita sudah boleh buat pendapatan berbilion ringgit. Sekarang, disebabkan kecuaian beliau, negara kerugian sehingga mencecah RM100 bilion sepanjang tempoh 75 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Majlis Penerangan Isu Semasa dan Dialog Anti Fitnah bersama Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam, di sini semalam.

mahathir lee kuan yew Kisah Mahathir 'Gadai' Johor Kepada Singapura

Kamarudin berkata, disebabkan kelemahan kerajaan pimpinan Dr Mahathir, Malaysia terpaksa menunggu sehingga tahun 2062, iaitu selama 75 tahun, untuk harga air itu dikaji semula.

Justeru, beliau mencabar Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjawab persoalan mengapa beliau tidak mengkaji semula harga air dijual Malaysia kepada Singapura ketika itu.

Malah, katanya, banyak spekulasi pasaran mengenai ‘side deal‘ mengapa perjanjian air itu tidak dikaji semula pada 1987, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

“Kita mahu beliau jawab kenapa ia (perjanjian harga air) itu tidak dikaji semula. Banyak spekulasi pasaran menyatakan wujud ‘side deal’.

“Sekarang, disebabkan kelemahan beliau kita terpaksa tunggu sehingga 2062 untuk perjanjian air itu dikaji semula,” katanya.