Persenda Sultan Pahang: Tengku Abdullah Murka Dengan Kenyataan Mahfuz

Persenda Sultan Pahang: Tengku Abdullah Murka Dengan Kenyataan Mahfuz

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terguris dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempersendakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam ceramah politik dan kini menjadi viral di media sosial.

Kecewa, Tengku Abdullah menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

“Saya tidak mahu cakap pasal itu, pasal ramai yang sudah cakap. Tetapi dilihat daripada percakapannya, dia sudah langgar ketertiban seorang Melayu.

“Sebagai seorang Melayu mungkin yang lebih muda daripada ayahanda saya dan kita selalu diasuh untuk menghormati orang tua lebih-lebih lagi seorang raja,” titah baginda.

Hanya Mahfuz & Keluarga Keluar PAS

Tengku Abdullah pada masa sama percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis sudah dibuat.

“Saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, sebab sudah banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana.”

“Dalam masa sama saya marah dan tersinggung dengan video yang diambil oleh pihak istana ini, itu yang saya terkilan. Saya akan ambil tindakan kepada pihak yang terbabit,” titah baginda.