Projek IC: Shafie Apdal Mahu Rakyat Sabah Maafkan Mahathir Walaupun Bersalah

Projek IC: Shafie Apdal Mahu Rakyat Sabah Maafkan Mahathir Walaupun Bersalah

Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal mengajak rakyat Sabah agar belajar dari pemimpin defacto Lim Kit Siang dan pemimpin PKR Anwar Ibrahim serta Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri.

“Kita manusia bukannya sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Dr Mahathir memohon maaf dan permohonan maafnya diterima Anwar dan Lim. Kita patut tanya mengapa mereka terima permohonan maaf itu.”

Shafie Apdal cuba mengingatkan bahawa Mahathir yang individu yang menghidupkan semula UMNO selepas parti itu diharamkan pada 1985.Namun tidak menjelaskan pengharaman UMNO adalah sebab pertempuran Mahathir dengan Tengku Razaleigh sebagaimana beliau keluar UMNO kerana digugurkan dalam kabinet dan digantung UMNO.

Tetapi hari ini, Mahathir sedang bekerja keras untuk menewaskan UMNO sehingga terpaksa bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Shafie Apdal turut memuji dan mempertahankan Dr Mahathir sebagai idolanya.

“BN berasa bimbang jadi mereka cuba menentang Dr Mahathir. Kita tahu Dr Mahathir berusia 92 tahun tetapi dia masih ada keupayaan berfikir dan pengalaman, kedua-dua perkara itu boleh memberi manfaat pada Malaysia.

“Beliau berjaya mengemudi negara keluar dari krisis kewangan 1997. Beliau tahu bagaimana untuk keluarkan negara dari masalah dan kita mahu pengetahuan itu,” katanya.

shafie apdal Projek Milik KKLW, Beliau Menteri, Mengapa Salahkan Orang Lain?

Ahli Parlimen Semporna itu berkata sekarang ini, negara dibebani hutang sebab itulah kerajaan memperkenalkan GST, katanya.

“Warisan akan hapuskan GST kalau kita bentuk kerajaan. Ada banyak sistem lain yang boleh kita gunakan untuk jana hasil untuk negara. Kalau kita boleh urus kewangan negara dengan baik, kita tidak perlukan percukaian regresif,” katanya.

Shafie Apdal tidak menjelaskan bagaimana mereka boleh menghapuskan GST kerana cukai itu diputuskan dalam Dewan Rakyat. Negeri pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang pun tidak dapat menghapuskan GST.

Tentunya menghapuskan GST lebih sukar kerana Shafie Apdal menafikan hubungan antara Warisan dan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir, Shafie Apdal menegaskan pendirian parti untuk kekal bebas dan tidak akan menyertai gabungan itu.

Sabah hanya punya 25 kerusi Parlimen dan tidak mungkin berkuasa memerintah negara tanpa bergabung dengan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir.

Mahathir Akui Janji-Janji Pilihan Raya Pakatan Tak Mampu Dicapai

Shafie Apdal mendedahkan sudah berpakat dengan Dr Mahathir bahawa dia berperanan memastikan BN tumbang di Sabah sementara peranan Dr Mahathir pula ialah menumbangkan BN di Semenanjung.

Bagaimanapun buat masa sekarang tidak sesuai Warisan bergabung dengan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir.

Sebenarnya, Dr Mahathir meminta beliau untuk menjadi timbalan presiden PPBM tetapi beliau menolak kerana mahukan sebuah parti tempatan, katanya.

Dr Mahathir pernah dipersalahkan atas kes Projek IC yang didakwa memberikan kewarganegaraan pada pendatang asing melalui pemberian kad pengenalan. Shafie Apdal berkata apapun kesalahan Mahathir maafkan dia.

Shafie Apdal membayangkan Warisan tidak mustahil bernaung di bawah Mahathir.

Baru-baru ini Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ‘Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir’. Sabah tidak akan melupakan kerosakan yang dibuat Mahathir. Beliau tidak pernah meminta maaf atas perkara ini dan tidak pun berhasrat berbuat demikian.

Sumber: Sabahkini2