Ringgit Pulih Kerana Mahathir Calon PM Pakatan Harapan?

Ringgit Pulih Kerana Mahathir Calon PM Pakatan Harapan?

Minggu lalu mula menyaksikan ringgit mulai pulih dan ia kini didagangkan pada kadar dibawah nilai RM4.00 kepada nilai tukaran 1 dolar Amerika Syarikat (USD).

Nilai tukaran ringgit menunjukkan pertumbuhan positif dalam tempoh dua minggu berturut-turut daripada 3.9700/9730 minggu kedua Januari 2018 kepada 3.9580/9610 bagi setiap USD minggu berikutnya.

Pakar Ekonomi dan CEO Centennial Asia Advisors, Manu Bhaskaran, dari Singapura melihat berita baik kepada Malaysia disebabkan oleh pasaran negara yang kompetetif dan terbuka, selain permintaan sektor pembuatan yang tinggi di peringkat domestik ekoran peningkatan pelaburan hartanah dari pelabur asing.

Di Sebalik Dakwaan Negatif Terhadap Negara, Ringgit Paling Kukuh

“Malaysia adalah ekonomi paling terbuka di dunia dan dengan mata wang kompetetif dan pemacuan baik kepada pasaran elektronik, ia akan menjadi salah satu kelebihan kepada kebangkitan permintaan global,” kata Bhaskaran.

Walaubagaimanapun, pembangkang mengambil kesempatan pemulihan harga ringgit dengan memanipulasikannya bagi tujuan kepentingan politik.

Blogger pembangkang, syedoutsidethebox menerusi blognya mendakwa, pemulihan ringgit berikutan pencalonan bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang.

Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

Katanya, ‘faktor Mahathir’ menjadi peransang kepada pemulihan nilai ringgit berdasarkan pencapaian pemerintahannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini.

“Pencalonan Dr M mengukuhkan nilai ringgit, KLSE meningkat, media barat, Wall Street sudah mula sedar. Sudah seminggu sejak pengumuman Tun Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan,” dakwa blogger berkenaan.

Posting berkenaan walaubagaimanapun sudah dipadam blog tersebut.

Menjelaskan kedudukan sebenar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan blogger berkenaan sebagai tidak matang.

Mahathir Buktikan Kerajaan Sekarang Tidak Akan Muflis

Berkata menerusi posting blognya bertajuk “Berapa lamakah pembohongan ini berterusan?”, Salleh berkata blogger berkenaan tidak bertanggungjawab dengan mengambil kredit di atas sesuatu bukan dari usaha mereka.

“Ekonomi Malaysia telah bertambah baik sejak beberapa ketika dan ini tidak berlaku semalaman. Ekonomi Malaysia bertambah baik berikutan urus tadbir dan polisi yang baik oleh kerajaan sejak beberapa tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya, kejatuhan nilai mata wang ringgit sebelum ini merupakan isu global berikutan kejatuhan harga petrol yang mendadak.

Kata Salleh, negara-negara Timur Tengah yang merupakan pengeluar minyak terbesar dunia juga meningkatkan harga petrol dan melaksanakan GST bagi mengimbangi ekonomi negara masing-masing – termasuk Malaysia.

“Bagaimanapun, kita tidak memerlukan pembohongan yang berlanjutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu realistik dan tidak memberikan maklumat yang tidak tepat kepada rakyat,” tegas beliau.

Sumber: Malaysian Digest