Rumah SelangorKu: Janji Rumah Mampu Milik Dianggap 'Hampas'

Rumah SelangorKu: Janji Rumah Mampu Milik Dianggap ‘Hampas’

Janji Kerajaan PKR Sela­ngor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyediakan rumah mampu milik dianggap seperti ‘hampas’ apabila lebih 120 pemohon skim itu melahirkan rasa ti­dak berpuas hati kerana berasa se­olah-olah ditipu oleh kerajaan negeri.

Ini kerana dakwa pemohon, sis­tem serta tatacara pengurusan permohonan skim perumahan tersebut yang dilaksanakan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dianggap sebagai meragukan kera­na ada beberapa kes yang rekod pemohon ‘lesap’ daripada senarai LPHS.

Laporan Skandal Tanah PKPS Bernilai RM1.181 Bilion Terkait Nama Azmin - Chegubard

Menurut Pengerusi Gabu­ngan NGO Selangor, Nazilah Idris, pihaknya pelik bagaimana rekod permohonan bagi Skim Rumah SelangorKu boleh hilang sedangkan pihak pemaju mengesahkan telah menerima permohonan bagi pembelian rumah dari jenis A, B, C, dan D di bawah skim ber­kenaan.

“Malangnya apabila pemohon membuat semakan kepada LPHS, rekod mereka bagaimanapun tidak wujud dalam senarai pemohon serta senarai tawaran pembelian Skim Rumah SelangorKu di bawah kerajaan negeri. Bukankah ini sesuatu yang cukup pelik kerana segala dokumen sudah diserahkan?

“Bagi yang tersenarai dalam rekod permohonan LPHS, permohonan pula dikategorikan tidak lengkap walhal mereka te­lah mendapat surat pengesahan permohonan serta surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak pemaju sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nazilah bersama Presiden Kelab Harmoni Sela­ngor, Dr. V. Sunder dan para pe­mohon mengadakan pertemuan de­ngan Pengarah Eksekutif LHPS, Norzatun Aini Mohd. Kassim bagi mengemukakan aduan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Jika Bukan Hutang, Kenapa Azmin Perlu Tandatangani Perjanjian Pinjaman?

Mengulas lanjut, Nazilah ber­kata, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan salah laku atau tadbir urus dalam pengurusan Skim Perumahan Se­langorKu apabila berlaku percanggahan proses permohonan di antara pihak pemaju yang dilantik kerajaan negeri dengan LPHS.

Sementara itu, seorang pemohon Skim Rumah SelangorKu, Lee Boon Tat, 34, kesal dengan kaedah yang diguna pakai kerajaan negeri dalam memproses permohonan skim itu yang merupakan sebahagian daripada manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Saya buat permohonan untuk membeli Skim Rumah SelangorKu dari jenis B yang berharga antara RM100,000 hingga RM250,000 di Taman Puchong Utama, Puchong pada Julai 2017. Saya serahkan borang permohonan kepada sebuah syarikat pemaju dan beberapa bulan selepas itu mereka mengeluarkan surat pengesahan permohonan serta tawaran pembelian rumah kepada saya.

“Namun, selepas itu saya ti­dak menerima apa-apa berita mengenai status tawaran pembelian rumah tersebut sehingga hari ini. Apabila merujuk kepada LPHS, permohonan saya itu sebenarnya tidak lengkap kerana tidak mengemukakan penyata caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

“Mengapa jadi macam ini, saya sudah tunggu lama. Terima kasih kepada Gabungan NGO Selangor membawa masalah ini kepada kerajaan negeri, kalau tidak saya tidak tahu langsung,” ujarnya.