Sebelum 1998 Lagi Nama Azmin Ali Sudah Terpalit Dengan Korupsi - Chegubard

Sebelum 1998 Lagi Nama Azmin Ali Sudah Terpalit Dengan Korupsi – Chegubard

Pada 9 Januari 2018 yang lepas saya telah membuat satu ‘live FB’ yang kemudian terakam secara automatik dan kini masih boleh di akses di https://www.facebook.com/chegubard/videos/2213728815319292/ dengan tontonan hampir 30,000.

Pada 17 Januari 2018 saya telah dihubungi oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam meminta kerjasama saya untuk hadir secara sukarela ke IPD Shah Alam bagi tujuan merakam percakapan kerana ada laporan polis ke atas saya. Melalui maklumat kemudian saya dimaklumkan bahawa sekurang kurangnya 3 laporan polis telah dibuat ke atas saya berkaitan rakaman yang saya maksudkan di atas.

Live FB yang saya buat pada 9 Januari 2018 lepas selama 53 minit mengandungi pendedahan mengenai kelicikan kejahatan politik Azmin Ali. Tanpa berselindung saya dedahkan kewujudan dan butiran kertas siasatan BPR 1996 ke atas Azmin Ali termasuk akaun bank milik Shamsidar Taharin isteri Azmin dan selepas itu Azmin tidak didakwa dan ditahan kerana dia menjadi pintu kebocoran pejabat Anwar untuk “serangan Mahathir”.

azmin shamsidar Dokumen-Dokumen Rasuah Azmin Yang Diklasifikasikan Sulit Didedahkan

Saya juga mendedahkan peristiwa Wan Azizah dan Azmin bertemu Koffi Annan (ketika itu S/U Agong PPB) di mana Azmin cuba batalkan saat akhir kerana kecewa gagal mendapat sokongan Wan Azizah bagi mempengaruhi ahli perniagaan dunia yang mengaturkan pertemuan ketika itu.

Rakaman tersebut juga saya ungkapkan kisah sebenar Langkah Kajang bagaimana permainan pintu belakang Azmin dan Istana, peranan Azmin dan Mahathir dalam mempercepatkan kes Anwar, Azmin menemui Hadi sehingga PAS mengeluarkan senarai calon sendiri termasuk mencalonkan Azmin, peranan taikun kaya sebalik rundingan air Selangor yang mempengaruhi sehingga PKR bertindak sedemikian terhadap Khalid Ibrahim juga kenapa ADUN Kajang letak jawatan tiba-tiba? Akhirnya saya juga dedahkan bagaimana permainan licik jahat Azmin di sebalik kekecohan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang masih tidak selesai.

azmin Pak Teh Makin Panik, Anak Saudara Dedah Pelbagai Kegiatan Gelap

Pendedahan saya ini bukan berselindung atau sekadar sindiran saya sebut secara berfakta malah yang utamanya ialah mengenai bukan sekarang tetapi sejak 1995 wujud kemasukan ke akaun isteri Azmin bernilai lebih RM7.2 juta selain milikan saham, hartanah dan kenderaan yang sangat tidak bersesuaian dengan gaji mereka. Azmin terkait korupsi sejak sebelum 1998. Namun pendedahan sebesar ini diselindungkan dengan laporan polis kononya saya biadap dengan Istana Selangor apabila saya menyebut beberapa kali mengenai Istana dan Azmin khususnya dalam isu lantikan menteri dan projek dengan nilai mengarut selepas Azmin menjadi Menteri Besar.

Perlu saya rakamkan yang menyebut kaitan Istana dengan projek nilai mengarut contohnya Cat Gerbang Darul Ehsan bukan saya tetapi saya ambil dari kenyataan ADUN Taman Medan YB Haniza Talha sendiri. Pada 16 Disember 2016 saya telah dedahkan mengenai pembaziran RM10 juta wang rakyat hanya untuk cat semula pintu Gerbang Darul Ehsan. Panik dengan respon rakyat yang sangat marah ketika itu maka Haniza Talha telah mengeluarkan kenyataan rasmi malah turut saya akan serahkan pada pihak polis beberapa printscreen dari media sosial bagaimana beliau sendiri termengah-mengah membela pembaziran Azmin dengan mengaitkan projek mengecat gerbang itu dengan Istana. Malah bukan itu sahaja dia menipu mengatakan projek itu tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya wang derma yang mana selepas siap nama penderma akan dipamerkan pada tiang gerbang berkenaan. Jelas sehingga kini tidak ada nama penderma yang diumumkan jauh sekali diletakkan di gerbang itu sedangkan yang jelas wang rakyat terbazir begitu sahaja. Untuk makluman semua kos projek naik taraf (mengecat) Gerbang Darul Ehsan setelah siap diumum sendiri oleh Kerajaan Negeri bukan sekadar hampir RM10 juta tetapi RM12 juta.

Saya sedia tampil bertanggungjawab atas pendedahan saya. Namun tindakan ini menunjukkan betapa Kartel Azmin Ali berjaya menjadikan PH itu sangat sama dengan BN yang kita lawan selama ini malah dalam beberapa segi jauh lebih teruk. Taktik berlindung di sebalik sentimen Istana dan menggunakan kuasa polis dan sebagainya taktik lapuk menunjukkan dia sangat tertekan. Sejak 1998 hingga hari ini rekod saya lebih 30 kali tangkapan polis, jumlah hari tidur di lokap lebih sebulan, 7 kes mahkamah malah sehingga kini ada yang belum selesai sama sekali menguatkan saya untuk terus berdiri teguh memerangi korupsi dan kejahatan pentadbiran yang dilakukan oleh siapa sahaja.

Namun saya sangat kecewa dalam perihal korupsi kaitan Azmin semua pemimpin PH bisu, ini mengundang rasa lucu apabila ada yang berkata PH akan mengawal Mahathir bila menjadi PM nanti. Bukti jelas Azmin baru menjadi Menteri Besar pun telah membisukan hampir semua pimpinan walaupun hakikatnya ramai pimpinan secara peribadi yang saya temui mengakui kejahatan Azmin Ali. Rekod jelas saya sendiri dipecat dari PKR kerana saya mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali, ketika saya membawa semua rekod korupsinya dibentangkan dihadapan jawatankuasa disiplin PKR mereka sendiri tidak mampu jawab malah bersetuju dan mengakui berlaku korupsi.

Sekian ;

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat, bekas Ketua PKR Cabang Rembau juga bekas anggota seumur hidup PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali.

Sebahagian dari dokumen yang menjadi rujukan pendedahan saya: