Sekat Peruntukan: Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor?

Sekat Peruntukan: Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada Ahli Parlimen dan ADUN PAS di negeri itu dilihat sebagai strategi terakhir PKR memeras ugut parti Islam itu dalam menghadapi PRU14.

Sekatan itu dilihat sebagai satu umpanan terhadap PAS Selangor supaya datang berunding dengan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR untuk merungkai semula keputusan PAS yang memutuskan hubungan politik dengan PKR sebelum ini.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan PAS Selangor yang mahu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan isu sekatan peruntukan, sebaliknya beliau lebih bersetuju agar PAS Selangor berunding secara elok dengan Azmin.

“Saya tidak pasti pendirian PAS Selangor sebab saya tidak lagi berada dalam Jawatankuasa PAS Selangor, tapi saya berpandangan lebih baik kita bercakap dengan Datuk Menteri Besar dalam isu ini dan tidak mengheret institusi Diraja dalam hal ini sebab ini hal-hal pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya mencadangkan kalau boleh pimpinan negeri (PAS) berjumpa dengan Datuk Menteri Besar, bincang elok-elok,” katanya kepada Antarapos.

Jika Azmin Tidak Sekat Peruntukan, Kenapa PAS Selangor Mahu Menghadap Sultan Selangor?

Kenyataan itu dipercayai merujuk keputusan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang mempertimbangkan cadangan untuk menghadap Sultan Selangor jika isu sekatan peruntukan gagal diselesaikan di peringkat pentadbiran kerajaan negeri.

ADUN PAS Paya Jaras itu sebelum ini telah dipertikaikan akar umbi PAS kerana dilihat pro-Azmin dan Pakatan Harapan berbanding dengan PAS Selangor.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan ADUN PAS Paya Jaras itu merupakan sumber yang mengesahkan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen dan ADUN PAS telah disekat oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Betul,” kata Khairuddin Othman kepada portal itu ketika ditanya sama ada kerajaan negeri telah menyekat peruntukan terhadap PAS di Selangor.

Menurut laporan terdahulu, Selangor turut menyingkirkan Ketua Penerangan PAS Roslan Shahrir Mohd Shahrir daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM800,000 kepada setiap ADUN dan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen di negeri itu setiap tahun.

PAS kini mempunyai 13 ADUN dan seorang Ahli Parlimen (Hulu Langat).

Sumber: AIDC