Selamat Datang Reformasi Mahathir, Pemerintahan Diktator 2.0

Selamat Datang Reformasi Mahathir, Pemerintahan Diktator 2.0

“Undur Mahathir Undur!”. “Reformasi!”

Ratusan ribu rakyat Malaysia berarak di pusat bandar Kuala Lumpur menyatakan protes terhadap Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad kerana memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik, Abdul Rahmat Omar Tun Haniff berkata, mengetuai gerakan Reformasi tidak lain tidak bukan adalah Setiausaha Sulit Anwar, ‘leftenan’ Azmin Ali yang merupakan pembantu Anwar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Dengan Anwar masih dipenjara, Azmin adalah pilihan kegemaran untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan dalam kalangan golongan belia.

“Atau itulah yang kami fikirkan akan terjadi,” ujarnya mengimbau sejarah gerakan Reformasi 1998.

Setelah 20 tahun berlalu, Dr Mahathir kini menyertai pakatan pembangkang dan pada usia 92 tahun, dicalonkan pula sebagai Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14.

mahathir Reformasi Anwar Ibrahim Kini Jadi 'Reformati'

Pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri diterima ‘kem’ Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetapi, Azmin selaku Timbalan dan Pengerusi PKR Selangor membantah.

Kata Abdul Rahmat, Azmin cuba untuk memalukan Dr Mahathir dengan memerangkapnya untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU14 – kerusi yang tidak lagi selamat untuk Azmin.

Dan seperti Anwar yang dimalukan Dr Mahathir dengan pendedahan skandal seks pada 1998, Azmin juga menerima nasib sama apabila dakwaan skandal seks melibatkan dirinya ‘dikorek’ kembali.

azmin PKR Mula U-Turn, Mahu Kembali Semula Ke Pangkuan Pakatan Harapan

“Apapun Azmin kini diserang, maka pastinya amat mengujakan untuk kita melihat juara Reformasi melawan orang yang ditentangnya selama 20 tahun.

“Jika beliau gagal, ianya satu tamparan hebat dari Mahathir – kerana membunuh gerakan Reformasi dari dalam dan akhirnya membentuk Reformasinya sendiri di mana penentang tidak akan dapat dimaafkan.

“Selamat datang kepada Reformasi Mahathir – atau seperti yang kita tahu, Pemerintahan Diktator 2.0,” kata Abdul Rahmat lagi.

Sumber: Malaysian Digest