Selangor Bukan Hanya Milik PKR, Bukan PKR Tentukan Semua – Pengerusi PAN Selangor

Parti Amanah Negara (PAN) Selangor hari ini sekali lagi mengingatkan PKR negeri itu akan keperluan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengagihkan kerusi sesama parti komponen Pakatan Harapan (PH), yang kini seakan menemui jalan buntu.

Malah Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim juga bertegas PKR perlu akur bahawa bukan semua benda ditentukan partinya, terutama agihan kerusi DUN di negeri itu.

Cakap Besar PAN Tidak Sepadan Dengan Jumlah Kerusi

“Selangor ini kita kena faham. Dia ada empat parti dalam PH ini. Bukan Selangor ini milik PKR, bukan dia yang tentu semua.

“Dia (PKR) kena sepakat. Jadi kita tidak boleh anggap bahawa PKR punya dia tentukan semua,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Izham memberitahu PAN sudah pun mengutus surat rasmi kepada Pengerusi PH Selangor yang secara kebetulan adalah menteri besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar mempertimbangkan jawatankuasa itu untuk ditubuhkan dengan kadar segera.

Namun 10 hari berlalu dan Azmin tidak memberikan sebarang maklum balas mengenainya.

6 Kumpulan Kartel Azmin Perlu Dikalahkan Pada PRU14, Menurut 'Inner Circle' PAN

Sebelum ini PAN, PPBM dan DAP membantah untuk isu agihan kerusi dibincangkan menerusi jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor sepertimana yang disaran pimpinan PKR seperti Zuraida Kamaruddin dan Dr Xavier Jayakumar.

“DAP, PPBM juga tidak bersetuju kerana mesyuarat jawatankuasa pilihan raya ini lebih perbincangan kepada persiapan pilihan raya. Mengenai jentera dan petugas pilihan raya.

“Keempat-empat parti itu belum dibuat (mesyuarat) jadi apabila PKR nak bincang dalam mesyuarat Pilihan Raya PH Selangor, jadi Amanah tidak bersetuju,” tegas Izham.

Beliau kemudiannya berkata, jika isu agih kerusi di Selangor terus dirumitkan, PAN sendiri akan meminta pertolongan PH di peringkat nasional untuk masuk campur.

amanah PAN Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU14 Diboikot

“Majlis presiden dah bagi tarikh untuk negeri kena selesai (agih kerusi) sebelum 31 Januari. Jadi kita dah tinggal dua tiga hari lagi. Maknanya kalau tidak ada apa-apa lagi sebelum 31 Januari ini, Amanah akan buat surat rasmi kepada Amanah Nasional.

“Kami minta Amanah Nasional bawa kepada pimpinan tertinggi bahawa kita minta pimpinan tertinggi atau pusat PH untuk mesyuarat. Kalau negeri tidak boleh handle, kita minta pusat.

“Macam Johor minggu lepas, bila pimpinan pusat turun selesailah (pembahagian) kerusi. Sekejap saja sebenarnya,” katanya.

Izham yakin isu agih kerusi di negeri Selangor boleh diselesaikan jika PKR mengutamakan prioriti dalam strategi politiknya dan tidak menggantung harapan pada parti yang tidak sudi.

“Masalah di Selangor ini, saya kdang-kadang pun tidak faham. (Bila) kita cakap mereka marah pula. Tapi (kita) tak faham dengan strategi pilihan raya ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

“Selangor ini cukup beruntung (sebab) tetap akan menang. Hanya perlu perketatkan sini sana sahaja. Duduk sebagai keluarga.

“PAS pun tidak berminat dah dengan PH ini. Tidak usah buang masa. Kita dah cakap banyak kali dah degil juga. Jadi kita tetap berpegang pada arahan dari atas bahawa tidak ada lagi kerjasama dengan PAS,” tambahnya.