Skandal Rasuah Pasir: Chegubard Cabar ADUN PKR Xavier Jayakumar Saman

Skandal Rasuah Pasir: Chegubard Cabar ADUN PKR Xavier Jayakumar Saman

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Dr Xavier Jayakumar supaya menyamannya jika tuduhan berhubung isu skandal rasuah pasir di Selangor tidak benar.

Badrul Hisham membalas kenyataan Xavier Jayakumar sebelum ini yang mahu menyamannya jika terus mengaitkan beliau dalam isu pasir di Selangor.

“Xavier ugut saman. Saya cabar dengan tegas kalau ADUN Andalas (Xavier) anak jantan dan pendedahan saya palsu sila saman!” kata beliau dalam satu kenyataan.

Chegubard Akan Dedah Korupsi Pasir Geng Kartel PKR

Semalam, bekas ahli seumur hidup PKR itu semalam menyerahkan dokumen hampir 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket yang terlibat dalam penyelewengan dan penipuan untuk mendapatkan tender projek perlombongan pasir di Selangor.

Xavier Jayakumar mengugut untuk menyaman Badrul Hisham jika tidak menarik balik tuduhannya berhubung isu penyelewengan pasir, dua individu lain yang dituduh terlibat adalah ADUN Sri Muda PKR, Shuhaimi Shafiei dan penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

xavier jayakumar PAS Selangor Tidak Wajar Tuntut Peruntukan Jika Lawan Pakatan Harapan - Naib Presiden PKR

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen yang diserah kepada SPRM itu terdiri daripada dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar-gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan juga surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan kegiatan itu.

Dalam laporan SPRM itu, beliau menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir.

Sumber: MalaysiaGazette