mukhriz mahathir Sudah Kaya Raya, Malu Mengaku Rakyat Malaysia

Sudah Kaya Raya, Malu Mengaku Rakyat Malaysia

Dalam program PPBM, Mukhriz Mahathir kata dia malu mengaku sebagai rakyat Malaysia. Bila dia keluar negara atau pergi umrah, orang tanya dari mana, dia kata dia dari Brunei. Kononnya sebab Malaysia dikenali akibat salah laku pemimpin negara.

Kononnya nak selamatkan Malaysia. Nak mengaku sebagai rakyat Malaysia pun malu.

Malaysia memang patut diselamatkan. Diselamatkan daripada pemimpin gila kuasa sanggup cakap apa sahaja demi mencapai nafsu serakah politik sendiri.

Manusia macam ini jugalah yang bila ke luar negara memburuk-burukkan nama negara sendiri.

Rakyat Brunei Mukhriz Mahathir, 15 tahun lepas (2003) sebulan sebelum bapak dia Dr. Mahathir bin Mohamad pencen sebagai Perdana Menteri, syarikat yang dia asaskan Opcom Holdings Berhad dapat kontrak daripada Telekom Malaysia untuk bekalkan kabel gentian optik dengan nilai kontrak bernilai RM214 juta.

Telekom Malaysia bukan Telekom Brunei.

Dah kaya raya bapak bagi tender direct nego sebelum pencen daripada syarikat Malaysia, sekarang taknak mengaku rakyat Malaysia.

Adakah manusia seperti ini yang kita nak angkat jadi pemimpin?

Rujukan:
1. Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia, mengaku Brunei – Sinar Harian (Sinar dah tukar tajuk dan isi berita, saya sempat screenshot)
2. Laporan Tahunan Opcom Holdings Berhad 2004.
3. Research Report Opcom Holdings Berhad.
4. Tender RM214 juta, Tun Mahathir pertahan anaknya – Utusan

Oleh Syahir