Surat Terbuka Kepada Anwar Ibrahim Yang Tidak Serik Kena Tipu

Surat Terbuka Kepada Anwar Ibrahim Yang Tidak Serik Kena Tipu

Assalamualaikum WW,

Yang Dihormati DS Anwar Ibrahim,

Terlebih dahulu diucapkan selamat beristirehat dan semoga sihat-walafiat hendaknya. Marilah kita mendoakan juga kepada sahabat kita di Indonesia yang baharu meninggal dunia, bapak Andi Mappatahang @ AM Fatwa (Wakil Ketua DPR Parlimen Indonesia, 1999-2004), semoga allahyarham dimasukkan di dalam syurga firdausi.

Baru-baru ini, Konvensyen Pakatan Harapan kembali meletak Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Adakah DS mempercayainya? Berapa lama sementara itu? Adakah ada apa-apa perjanjian bertulis? Bolehkah gentlemen agreement dipercayai? Kenapa PH tidak melantik Dr Wan Azizah sebagai PM Sementara yang akan memudahkan lagi perlantikan DS sebagai Perdana Menteri? Ternyata semua ini adalah game politic Tun M yang akan menjerumus DS ke lubang yang lebih dalam. Nampaknya DS tidak serik kena tipu!

Akhirnya Biro Politik PKR Setuju Mahathir Sebagai PM

DS kena beringat, Tun M tidak kisah jika ada ribuan doktor pakar atau consultant yang lebih baik dari dia, Tun M juga tidak kisah jika ada orang lebih berilmu pengetahuan dari dia, atau jika ada rakyat Malaysia lebih pandai dalam aspek lain. Tetapi Tun M tidak akan menerima jika ada orang yang lebih pandai dalam politik daripada dia, dan Tun M tidak boleh menerima hakikat jika ada orang yang lebih kaya daripada anak-anak dia.

Sebab itulah, dalam sains politik, Tun M tidak akan membenarkan DS menjadi Perdana Menteri atau Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri sementara. Sebab itulah dalam konvensyen itu, Tun M berjaya meletakkan dirinya semula sebagai Perdana Menteri walaupun hanya PM Sementara. Isunya sementara berapa lama?

Ramai orang sekelip mata lupa bagaimana nasib DS dilebamkan di dalam penjara semasa Tun M memerintah, bagaimana DS dimalukan sebagai sodomis dan melakukan rasuah, bagaimana DS terpaksa menaiki motor untuk melarikan diri dari kepungan polis di Dataran Merdeka dahulu (1998), bagaimana rumah DS dirosakkan untuk menangkap DS ke penjara, dan banyak lagi tragedi yang memalukan.

Tuduhan Anwar Meliwat Zaman Saya Benar - Mahathir

Sehingga ke saat ini, Tun M tidak pernah memohon maaf secara terbuka dan spesifik. Tun M tidak pernah mahu membersihkan nama baik DS walaupun dengan hanya berkata, ‘saya memohon maaf kepada Anwar kerana tuduhan-tuduhan saya dahulu sodomi dan rasuah dahulu adalah fitnah sahaja’. Tun M tidak ada keikhlasan. Sebenarnya permuafakatan Tun M sekarang hanyalah untuk menjatuhkan DS Najib bagi memastikan survival anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, bukannya untuk melantik DS sebagai Perdana Menteri.

Saya telah berbicara dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat DS yang juga seorang ilmuwan di Bangi. Kesimpulan kami, DS sedang masuk perangkap kali kedua. Berhati-hatilah…

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Perbuatan Liwat Anwar?

Salam hormat,

Al-Azharri Siddiq Kamunri