zarul Terowong Belum Bina, Kajian Belum Siap, Tapi Sudah Untung RM61 Juta

Terowong Belum Bina, Kajian Belum Siap, Tapi Sudah Untung RM61 Juta

Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd hanya mempunyai satu projek, iaitu membina terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga lebuhraya menghubungkan terowong berkenaan yang dianggarkan nilai keseluruhannya berjumlah RM6.34 bilion.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan sebarang pembayaran telah dibuat bagi melaksanakan projek berkenaan namun, syarikat tujuan khas (SPV) ditugaskan dengan hanya satu projek sudah mencatatkan keuntungan RM61 juta dalam tempoh setahun selepas kontrak dimeterai bersama Kerajaan DAP Pulau Pinang pada November 2013.

Keuntungan Luar Biasa Syarikat Terowong, Kerajaan DAP Pulau Pinang Masih Tidak Jawab


Baca juga: Syarikat Terowong Pulau Pinang Raih Untung RM61.5 juta Dari Pendapatan RM51.8 juta
Baca juga: Keuntungan Luar Biasa Syarikat Terowong, Kerajaan DAP Pulau Pinang Masih Tidak Jawab

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik BN (BNSC), Datuk Eric See-To berkata, pendapatan dijana daripada bayaran RM305 juta untuk menyiapkan kajian kebolehlaksanaan projek menerusi pemberian tanah kerajaan.

Tanah yang dimaksudkan adalah tanah persisir pantai milik kerajaan negeri berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang bernilai RM208 juta dengan penarafan pegangan bebas.

“Sebagai tambahan kepada bayaran terlalu tinggi untuk mengeluarkan laporan, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga bermurah hati membantu meningkatkan nilai tanah negeri yang diberikan sebagai bayaran,” tegasnya.

lim guan eng zarul Projek Kondo Mewah Syarikat Terowong Diluluskan 8 Hari, Rumah Mampu Milik 233 Hari?


Baca juga: Projek Kondo Mewah Syarikat Terowong Diluluskan 8 Hari, Rumah Mampu Milik 233 Hari?
Baca juga: Yuran Perundingan Sudah Dibayar, Jalan Raya Belum Dibina, Kondo Mewah Naik Dulu?

Lebih memeranjatkan lagi, Consortium Zenith juga diberi kebenaraan kerajaan negeri untuk menambah kepadatan pembangunan 155 unit setiap ekar berbanding had 30 unit per ekar yang dibenarkan di atas tanah berkenaan dalam tempoh lapan hari selepas permohonan dibuat.

“Persoalan sekarang adalah jika kos laporan RM305 juta tidak melampaui luar biasa (dan tidak satu sen pun dibayar kerajaan DAP Pulau Pinang), maka bagaimana SPV yang satu-satunya tugasnya untuk membina terowong dan tiga lebuh raya menjana keuntungan sebesar ini – seperti yang ditunjukkan dalam kenyataan kewangan difailkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?” soal Eric.

Sumber: Malaysian Digest