Terowong Dasar Laut: Akhirnya Lim Guan Eng Kepanasan

Terowong Dasar Laut: Akhirnya Lim Guan Eng Kepanasan

Siasatan SPRM ke atas projek terowong dasar laut. Akhirnya, Lim Guan Eng merasa kepanasan akibat bahang persepsi negatif terhadap dirinya sendiri.

Sebelum ini dia pandai reka dan sebar persepsi negatif terhadap orang lain tapi bila kena kepada batang hidung dia sendiri, tahu pula dia kelupur macam babi kepanasan.

Sesiapa saja yang berakal akan persoal ketelusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam penganugerahan projek mega itu kepada sebuah syarikat RM2, syarikat yang baru ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk membida projek mega tersebut.

Pertama, adalah sangat aneh bila mana syarikat yang sama diberikan kontrak untuk membina terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama itu sebagai kontraktor adalah juga syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian kebolehlaksanaan projek untuk pihak Kerajaan Negeri.

Kedua, sekiranya kajian kebolehlaksanaan mendapati projek terowong dan 3 jalan utama itu tidak sesuai atau wajar dilaksanakan; kos kajian tetap perlu dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat atau konsortium tersebut.

Ketiga, projek 3 jalan utama masih belum berjalan manakala tanah tambakan yang dijanjikan sebagai bayaran masih lagi laut dan belum pun ditambak dan diberi hakmilik, namun begitu syarikat konsesi sudah menjual “tanah” itu kepada pihak ketiga.

Majlis menandatangani perjanjian 2016 yang dihadiri oleh YAB Lim Guan Eng di mana syarikat terowong itu menjual tanah negeri bernilai RM2.83 bilion. Jata negeri Pulau Pinang jelas terlihat dalam latar belakang gambar.

Lim Guan Eng menafikan dia telah memberikan kebenaran kepada syarikat kontraktor untuk menjual tanah itu kepada pihak ketiga. Namun begitu dia sendiri hadir semasa majlis menandatangani perjanjian jual beli itu sebagai saksi bersama wakil Kedutaan China.

Sumber: Azizi Safar