Terowong Dasar Laut: SPRM Tahan Pengerusi Syarikat Perunding Bergelar Datuk Seri

Terowong Dasar Laut: SPRM Tahan Pengerusi Syarikat Perunding Bergelar Datuk Seri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pengerusi syarikat perunding kejuruteraan yang bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2.45 petang.

“Lelaki itu dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri berkenaan,” kata sumber itu.

SPRM, katanya, juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut bersubahat dalam tindakan memalsukan dokumen itu.

Syarikat Terowong Pulau Pinang Raih Untung RM61.5 juta Dari Pendapatan RM51.8 juta

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, SPRM menahan perunding kejuruteraan wanita di sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu negara bagi membantu siasatan kes itu. Dia direman lima hari bermula hari ini.

Pada 19 Jan lepas, dua pemimpin syarikat bergelar ‘Datuk’, yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung projek berkenaan, telah dibebaskan.

zarul Terowong Dasar Laut: Eksekutif Kanan Consortium Zenith Direman 6 Hari

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang merangkumi beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.