Ugutan Saman: Selepas Laporan SPRM, Geng Kartel Azmin Sudah Panik

Ugutan Saman: Selepas Laporan SPRM, Geng Kartel Azmin Sudah Panik

Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir kaitan Kartel Azmin Ali juga tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Azmin Ali dan isteri, akaun Facebook saya telah dibekukan dan posting tersebut dipadam oleh pemilik atau pengendali Facebook. Tindakan ini menunjukkan betapa panik mereka kartel Azmin ini. Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya pasti saya yang mendedahkan korupsi ini akan dipenjara tanpa bicara (ISA).

Chegubard Akan Dedah Korupsi Pasir Geng Kartel PKR

Bukan satu rahsia di bawah kartel Azmin wujud cybertrooper berbayar dan setiap orang mengendalikan berpuluh akaun Facebook palsu. Mereka inilah menggunakan ratusan akaun membuat aduan serentak kepada pengurusan Facebook sehingga akaun saya dibekukan dan pendedahan tersebut dipadamkan.

Malah lebih teruk lagi paniknya kartel Azmin Ali telah menggerakkan serangan peribadi ke atas saya bagi mengalihkan isu pendedahan. Contohnya semalam saya menerima pesanan WhatsApp dari salah seorang Ketua Cabang PKR. Dia memaklumkan bahawa dalam Group WhatsApp yang diwujudkan bagi menghubungkan Ketua Ketua Cabang PKR yang dia juga adalah salah seorang penjilat kuat Azmin iaitu Fauzi Ketua Cabang PKR Sungai Besar melalui nombor 017-3030346 telah menyebarkan gambar saya yang sedia diedit kononnya duduk rapat bersandar dengan seorang wanita.

Saya jelaskan gambar tersebut pernah digunakan oleh cybertrooper berbayar UMNO BN yang setelah terputus elaun di sebelah BN telah masuk PKR kini dan dibayar sebagai cybertrooper PKR pula. Gambar sama digunakan ketika dia dalam BN dan kini dia gunakan semula ketika dia dalam PKR malah diedit dengan lebih jijik dan dimasukkan unsur fitnah.

Saya jelaskan gambar tersebut diambil secara curi ketika di Hard Rock Cafe di Pulau Pinang yang mana ketika itu saya hadir menonton konsert seorang artis negara jiran. Bersama saya beberapa teman termasuk seorang teman wartawan hiburan media perdana tanah air. Gambar saya sengaja diedit sebegitu rupa dengan merapatkan kedudukan. Ini sangat jahat dan ramai yang biasa hadir ke cafe tersebut pasti mengetahui ia merupakan sebuah cafe yang terbuka.

Namun nampaknya PKR sudah menjadi sama menggunakan serangan peribadi dan fitnah bagi mengalihkan isu. Presiden PKR sendiri harus menjawab dan bertanggungjawab dengan politik jijik seperti ini. Konon siap anjur himpunan bagi menolak politik kotor seperti ini tetapi Ketua Wanita kamu terlibat menanggung pemfitnah siber malah Ketua Cabang PKR sendiri bermain politik jahat.

Juga bagi mengalihkan isu yang didedahkan dan laporan yang dilakukan termasuk mengaitkan namanya, Xavier Jayakumar, ADUN PKR Seri Andalas dalam keadaan panik telah dilaporkan beberapa media membuat penafian dengan ugutan saman. Ini bukan kali pertama Xavier panik dengan menyatakan perkara yang sama. Pernah ketika saya dedahkan mengenai wujud akuan bersumpah oleh beberapa ADUN Selangor termasuk dirinya yang mengkhianati Pakatan Harapan dan Presiden PKR dalam proses menamakan Wan Azizah sebagai calon MB tunggal, di mana ketika itu Xavier juga menyatakan ugutan saman bagi menutup isu tetapi hakikatnya sehingga kini tidak ada saman pun. Kini saya dengan serius mencabar dalam kes pendedahan sindiket pasir ini saya mencabar ADUN PKR ini saman saya atau terbukti anda penakut dan sangat hipokrit dalam bercakap soal integriti dan korupsi.

Skandal Rasuah Pasir: Chegubard Cabar ADUN PKR Xavier Jayakumar Saman

Kamu gunakan polis membuat laporan ke atas saya tidak mengapa saya sudah biasa dan saya hadir ke IPD Shah Alam merakam percakapan malah saya sedia lebih buruk dari itu. Kamu gunakan semua cybertrooper berbayar untuk memfitnah saya serta keluarga saya sudah biasa malah kali ini saya sedia untuk fitnah dan serangan peribadi yang lebih hina lagi. Pemimpin PKR utama termasuk Presiden bisu itu seperti saya sudah jangka namun saya tidak akan berhenti. Saya telah katakan fail-fail korupsi yang saya ada saya telah serahkan kepada beberapa pimpinan utama pemimpin PH namun semuanya bisu. Itulah kelucuan bagi saya konon kamu ingin mengawal Mahathir setelah menjadi PM, dalam hal ini Azmin hanya MB sahaja pun sudah membisukan kamu, bagaimana pula nanti bila Mahathir menjadi PM?

Tidak saya nafikan memang ada ramai juga pimpinan pusat, pimpinan cabang PKR dan parti komponen PH menghubungi menyatakan sokongan itu saya ucapkan terima kasih. Saya juga rakamkan terima kasih kepada mereka di sekeliling saya khususnya keluarga besar SAMM yang sangat membantu memberikan inspirasi berjuang. Saya tidak ada duit sekaya kartel Azmin untuk membayar tukang fitnah yang ramai tetapi saya ada ramai yang ikhlas berjuang demi melihat negara yang telus dan berintegriti.

“PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA – KATA”

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Bekas MPP PKR, bekas Ketua Cabang PKR Rembau dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali.

Kenyataan penuh butiran laporan SPRM pendedahan sindiket pasir di Selangor kaitan Kartel Azmin Ali

Kenyataan ketika hadir ke IPD Shah Alam kerana laporan polis oleh PH ke atas saya kerana mendedahkan harta milikan Azmin dan isteri.