ashman Anak Najib Berniaga Quinoa Tidak Guna Kuasa Bapa, Tak Minta Kontrak Kerajaan

Anak Najib Berniaga Quinoa Tidak Guna Kuasa Bapa, Tak Minta Kontrak Kerajaan

Kontroversi diet sihat bijirin quinoa Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak langsung terpalit ke atas anak Perdana Menteri, Norashman berikutan sebuah portal berita pro-pembangkang melaporkan anak lelaki Najib itu merupakan pengarah syarikat pembekal makanan sihat itu di Malaysia.

Malaysiakini melaporkan, Norashman merupakan salah seorang daripada pengarah syarikat Rasa Food Asia Sdn Bhd yang mengedarkan quinoa jenama Quib di Malaysia.

Lapor berita berkenaan, Norashman bukan pemegang saham terbesar syarikat di mana dua pertiga saham dikuasai Mohd Fadli Abdul Farish dan selebihnya oleh Kaveh Wong Tz Toe.

Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dalam kenyataan disiarkan di laman sosialnya semalam mengucapkan terima kasih di atas laporan kerana sekaligus membuktikan Norashman tidak menggunakan kuasa Najib untuk menjalankan perniagaan.

“Anak PM hari ini tidak terlibat dalam bisnes dengan kerajaan.

“Anak PM hari ini tiada perniagaan perkapalan.

“Anak PM hari ini tidak mendapat kontrak dari Petronas.

“Anak PM hari ini tidak menggunakan kuasa bapanya untuk mendapat sebarang projek atau kontrak dari GLC,” katanya.

Kenyataan Rizal mungkin merujuk kepada perbandingan anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat banyak manfaat diatas lantikan bapa mereka sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

EXCO Armada PPBM Lapor SPRM Kekayaan Luar Biasa Anak-Anak Mahathir

Katanya, Norashman tidak mendapat keistimewaan daripada bapanya sebagai Perdana Menteri untuk mendapat kontrak kerajaan dan perlu berusaha sendiri untuk berjaya dalam perniagaan.

“Anak sendiri hendak berniaga kena usaha sebagaimana orang lain hendak berniaga.

“Terima kasih sekali lagi,” kata Rizal.

Untuk rekod, tiga anak lelaki Dr Mahathir; Mirzan, Mokhzani, dan Mukhriz kerap didakwa pembangkang mendapat manfaat di atas lantikan bapa mereka sebagai Perdana Menteri.

Syarikat perkapalan Mirzan, Konsortium Perkapalan Berhad (PKB) yang mengalami hutang RM1.6 bilion memperoleh ‘bailout’ sebanyak US$220 juta (RM900 juta) menggunakan wang Petronas melalui Malaysian Shipping Company (MISC).

Seterusnya, pada 2012, Petronas melalui Petronas Cari Gali Sdn Bhd juga telah menganugerahkan kontrak bernilai RM700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum milik Mokhzani.

Mukhriz menerusi syarikat Opcom Sdn Bhd dianugerahkan tender membekalkan kabel gentian fiber Telekom Malaysia (TM) bernilai RM214.2 juta diatas arahan Dr Mahathir selaku Menteri Kewangan.

Sumber: Malaysian Digest