Azmin Macam Badut, Tak Layak Jadi Menteri Besar - Pengerusi PAN Selangor

Azmin Macam Badut, Tak Layak Jadi Menteri Besar – Pengerusi PAN Selangor

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor Izham Hashim menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali macam badut dan tidak layak menjadi Menteri Besar serta pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.

Beliau turut menafikan Azmin Ali bahawa pihaknya berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Ugutan Saman: Selepas Laporan SPRM, Geng Kartel Azmin Sudah Panik

Izham mendakwa PAN sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku pengerusi PH Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.

“Nak jadi pengerusi PH Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini. Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa PAN berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

“Amanah berbohong…Amanah tidak mengatakan yang benar, Amanah tidak amanah. Bolehkah Amanah paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?” Kata Azmin.

amanah PAN Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU14 Diboikot

Izham berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen PH.

Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan PPBM.

“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

6 Kumpulan Kartel Azmin Perlu Dikalahkan Pada PRU14, Menurut 'Inner Circle' PAN

Beliau juga berkata, PH Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, dengan kali terakhir yang dipengerusikan Azmin adalah pada Oktober lalu.

Azmin juga berkata sejumlah 80% kerusi di Selangor sudah pun diputuskan.

Namun, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menafikan perkara tersebut.

“Saya tak tahu yang 80% kerusi sudah dirunding kerana kami tidak pernah ditanya tentangnya,” katanya.

Sumber: AIDC