Azmin Salahkan Peneroka ijok Walaupun Wang RM1.18 Bilion Milik Mereka Hilang Di Tangannya

Azmin Salahkan Peneroka Walaupun Wang RM1.18 Bilion Milik Mereka Hilang Di Tangannya

Azmin Ali akhirnya terpaksa menggunakan taktik lakonan kononnya dia disokong dan didukung oleh para peneroka PKPS Ijok yang tanah mereka telah dirompak untuk diserahkan kepada syarikat pemaju bagi menimbulkan persepsi konon pentadbirannya yang menyelesaikan masalah berkenaan.

Seperti yang diketahui 980 orang peneroka telah dianugerahkan lot-lot tanah pada pentadbiran Barisan Nasional, dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum serta daripada golongan miskin. Daripada jumlah tersebut 337 orang telah menandatangani bantahan cadangan LBCN mengambilalih tanah mereka. Senarai nama serta bantahan mereka terdapat di Pejabat Tanah/Daerah Kuala Selangor.

Sepatutnya, masalah membabitkan tanah tersebut telah berakhir apabila Kerajaan Negeri Selangor yang pada ketika itu dipimpin oleh Khalid Ibrahim berjaya menolak tuntutan LBCN dan Mujur Zaman, dua syarikat yang dimiliki oleh Khairuddin Abu Hassan ke atas tanah tersebut. Tanah berkenaan sepatutnya dipulangkan semula kepada para peneroka. Proses seterusnya adalah rundingan semula untuk menyelamatkan projek terbengkalai di atas tapak tersebut dengan rundingan bayaran pampasan dan gantirugi kepada para peneroka dibuat semula.

azmin ijok Kerajaan Selangor Tidak Boleh Runding Tepi Atau Rahsia - Khalid Ibrahim

Bagaimanapun, Khalid Ibrahim digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Azmin Ali naik jadi Menteri Besar Selangor. Langkah pertama yang dilakukan oleh Azmin Ali ialah mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan dan tidak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung tanah berkenaan, sebaliknya menyerahkan tanah tersebut kepada LBCN dan Mujur Zaman yang kemudiannya menjual tanah itu kepada EcoWorld.

Laporan dan maklumat menunjukkan EcoWorld telah membeli tanah berkeluasan 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor termasuklah tanah peneroka berkeluasan 1,400 ekar yang dimiliki oleh Mujur Zaman Sdn. Bhd dan LBCN Development Sdn. Bhd. pada harga RM1.18 bilion.

Apabila isu tanah PKPS muncul semula, Azmin Ali dan pentadbirannya cuba menutup ‘kehilangan’ RM1.18 bilion dengan memberi alasan, sebahagian daripada wang tersebut telah digunakan untuk membayar para peneroka. Malahan, para peneroka kononnya telah disediakan sebuah rumah yang bernilai RM400,000.

Azmin Dicabar Dedah Dokumen 'Rundingan Tepi' Skandal Tanah Ijok

Sama seperti Projek Rumah Selangorku, rumah pampasan untuk para peneroka PKPS yang tanah mereka telah dirampas untuk dijual kepada EcoWorld, juga hanya wujud dalam bentuk janji tetapi tidak dibina. Begitu juga dengan nilai pampasan yang kononnya telah diselesaikan oleh Azmin Ali dalam tempoh dua tahun dia menjadi Menteri Besar Selangor, juga tidak ditunaikan.

Sebaliknya tanah tersebut telah dicagar kepada bank dengan nilai ratusan juta ringgit dan untuk menutup isu tersebut, Azmin Ali dan pentadbirannya telah bersetuju untuk membuat persetujuan luar mahkamah dalam kes rayuan (Rayuan Sivil No. 01(i)-14-04-2014(W) sebelum ia dibicarakan.

Dengan kata lain, Azmin Ali sebenarnya menyelamatkan syarikat LBCN dan Mujur Zaman menerusi kaedah BAIL-OUT dengan mengorbankan para peneroka dan pembeli rumah walaupun Khalid Ibrahim pada tahun 2012 telah menyerahkan 684 kunci rumah kepada peneroka dan pembeli rumah Taman Alam Perdana, iaitu projek perumahan di atas tanah para peneroka itu.

azmin Skandal Tanah Ijok Secara Ringkas

Dalam kenyataan terbaharu Azmin Ali, Menteri Besar Selangor itu mengatakan, urusan tanah peneroka Ijok sekarang, bukan lagi masalah Kerajaan Negeri. Sebaliknya itu adalah urusan antara para peneroka dengan pemaju memandangkan mereka sendiri telah bersetuju melepaskan tanah masing-masing dan menerima tawaran pemaju.

Sebaliknya, Azmin Ali menyalahkan pentadbiran-pentadbiran negeri terdahulu.

Azmin Ali bagaimanapun, tidak menjawab tentang wang yang telah dibayar oleh EcoWorld sebaliknya menyatakan, para peneroka tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan yang diberikan kerana terlalu rendah berdasarkan penilaian tanah tahun 2000 sedangkan tanah berkenaan dijual kepada pemaju mengikut harga pasaran semasa.

Sumber: Selangor-leaks