Azmin Tersandung Tanah Di Ijok

Azmin Tersandung Tanah Di Ijok

Azmin Ali sepatutnya diletakkan sebagai pemimpin bertaraf nasional. Itu pun yang dapat difahami dengan kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Harapan.

Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden Pakatan Harapan selain Menteri Besar Selangor seharusnya menjadi kebanggaan. Beliau adalah lambang wibawa seorang pemimpin parti pembangkang dan ditimang bagai menatang minyak yang penuh.

Azmin Paling Untung Terima Bonus Raya RM73,125

Namun disangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Karisma dan wibawa Azmin bagai hilang tiba-tiba akibat tulah sendiri selain sengketa politik sesama rakan.

Azmin yang diangkat sebegitu hebat dalam sekejap masa digelar joker dan dianggap tidak layak memimpin Selangor oleh PAN dan DAP Selangor. Azmin yang menyolek dirinya sebagai pemimpin elegan dan beraksi bijak tidak dipandang sebegitu rupa dalam kalangan keluarganya sendiri.

Semacam ada usaha halus mengekang laju gerakan Azmin. Ada elemen dalaman yang sengaja membuka pekung di dada Azmin sama ada menggunakan kekuatan PKR mahupun parti seharapan.

Pelbagai dakwaan salah laku termasuk skandal seks daripada adik-beradiknya Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali bagai tiada kesan terhadap kredibiliti dan integriti beliau selama ini. Tetapi itu dulu, kini Azmin sudah terperangkap dengan agenda besarnya sendiri.

azmin Rakyat Selangor Akan Kehilangan RM3.55 Bilion & Kenaikan Tarif Air Disebabkan Langkah Kajang

Tidak selamanya beliau dan pasukannya mampu menyem­bunyikan masalah di bawah permaidani. Tidak selamanya pen­dekatan menyalahkan orang lain akan terus laku.

Akhirnya aksi silap mata itu terbongkar jua. Kali ini setelah sekian lama berjaya meloloskan diri dengan penuh gaya daripada pelbagai dakwaan dan skandal, isu tanah RM1.18 bilion di mukim Ijok mendedahkan belang sebenar Azmin.

Azmin telah menyediakan taming (perisai) – warisan masalah BN, demi kepentingan rakyat dan sedia bekerjasama dengan SPRM – skrip yang hampir sama setiap kali diterpa kontroversi.

Skandal tanah RM1.18 bilion, tidak seperti isu lainnya muncul tepat pada waktunya.

Isu ini muncul dalam keadaan Azmin berada dalam kedudukan lemah. Selain siri pendedahan salah laku, beliau dilihat tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah pembahagian kerusi pilihan raya dengan DAP, PAN dan PPBM.

Keghairahan Azmin Mahu PKR Selangor Bolot 21 Kerusi Punca Perbalahan PPBM & PAN

Tekanan itu tambah terasa apabila usaha untuk menakluk hati PAS Selangor menemui ke­­ga­galan. Kegagalan itu menyu­karkan laluan beliau untuk te­rus dominan dan kekal di ke­rusi Menteri Besar. Selama ini PAS adalah punca kuasa yang memungkinkan beliau berada di puncak kuasa di Selangor.

Isu tanah RM1.18 bilion ini bakal mengurangkan daya tawar Azmin yang mahu mengekalkan dominasi PKR di Selangor. Ba­nyak persoalan yang tidak mam­pu dijawab sementara dalih yang biasa digunakan sudah diketahui orang. Dalam kes ini Azmin ke­lihatan terkontang-kanting tanpa pembelaan daripada pemimpin PAS mahupun DAP. Masing-ma­sing ada agenda tersirat.

Kontroversi tanah ini turut menarik minat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terlibat se­cara langsung dan cukup arif isu ini. Khalid dalam kenyataannya seperti mencium aroma tidak enak dan mahu SPRM menyiasat secara terperinci.

azmin Tanah Ijok: Kenapa Serah Tanah Peneroka Kepada Syarikat Khairuddin?

Isu tanah di mukim Ijok ber­mula pada 1998 apabila kerajaan BN memberikan tanah itu: secara percuma kepada peneroka. Pada 2001 peneroka menyerahkan tanah kepada syarikat swasta yang dikaitkan dengan seorang penyokong tegar Pakatan Harapan dengan janji pampasan tunai RM180,000 dan sebuah rumah. Bagaimanapun projek itu terbengkalai.

Pada 2009, Khalid yang mahu mempertahankan hak kerajaan negeri dan peneroka telah merampas tanah itu. Pada 2013 syarikat swasta itu menyaman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan balik tanah tetapi gagal. Usaha syarikat itu pada 2014 untuk merayu di Mahkamah Rayuan juga gagal.

Pada 2015, walaupun sudah dua kali kalah di mahkamah dan tanah bukan lagi atas nama syarikat berkaitan, mereka menjual tanah itu kepada syarikat awam dengan nilai RM1.18 bilion. Seterusnya pada 2016, sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan PKR di bawah pimpinan Azmin telah menyerahkan tanah itu kepada syarikat swasta terbabit.

Kenapa Serah Kembali Tanah Ijok Kepada Syarikat Didakwa 'Kroni BN'?

Pampasan RM180,000 dan sebuah rumah pun diberikan kepada peneroka. Jumlah pampasan ialah RM421 juta. Isu yang ditimbulkan ialah ke manakah baki RM756 juta lagi?

Jadi siapakah yang dijaga, syarikat swasta atau rakyat? Tidakkah ini semacam langkah menyelamatkan syarikat berkenaan atau bail out yang selama ini begitu dibenci pembangkang?

Persoalan harga tanah berdekatan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) itu juga dibangkitkan. Tidakkah harga RM12 satu kaki persegi terlalu rendah memandangkan tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu kaki persegi?

Persoalan yang selalu dibangkitkan oleh pakatan pembangkang bagi menunjukkan ketelusan dan integriti ialah apakah proses jualan tanah ini dibuat secara tender terbuka?

Setakat ini Azmin dan pasukan komunikasinya belum menjawab soalan-soalan asas itu. Mereka berkata BN mem­bangkitkan isu tanah RM1.18 bilion kerana panik, tetapi siapakah sebenarnya yang kelihatan panik sekarang?