Azmin Yang Terhegeh-Hegeh Ajak PAS Berunding - Dr Azman

Azmin Yang Terhegeh-Hegeh Ajak PAS Berunding – Dr Azman

Keputusan untuk PAS menyertai PRU14 bersama Gagasan Sejahtera dan bukannya bersama UMNO atau PH ialah keputusan Muktamar PAS di Alor Setar 2017 kemudian diperakui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan kerana mana-mana pemimpin dalam PH seperti Azmin menutup pintu kerjasama dengan PAS. Parti PAS ada prinsip tersendiri dalam membuat keputusan.

hadi awang azmin wan azizah Akar Umbi PAS Tidak Teruja Dengan Perang Psikologi PKR

Fakta sebenarnya ialah, Azmin yang beria-ria nak ajak PAS berunding supaya tak berlaku pertembungan PAS-PKR di Selangor. Dia pun boleh baca bagaimana masa depan politiknya di kerusi MB tanpa PAS.

Pelik juga bila Azmin bercakap dengan nada bagaikan PAS yang terhegeh-hegeh nak minta belas ihsan Azmin dan PKR untuk menghadapi PRU14. Statement Azmin sebenarnya terbalik dari fakta sebenar.

PAS tak dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan. Bila Muktamar dan MSU dah buat ketetapan, semua PAS negeri akan patuh tanpa terkecuali. Inilah kehebatan PAS.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat