najib Betulkan Fakta Anda: Malaysia 'Jual Negara' Kepada Jepun, Bukan China

Betulkan Fakta Anda: Malaysia ‘Jual Negara’ Kepada Jepun, Bukan China

Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah dari lawatannya ke China membawa pelaburan bernilai RM30 bilion masuk ke Malaysia, pembangkang mendakwa Malaysia kini sudah dijual kepada Malaysia.

Ini ditambah lagi apabila syarikat automotif China, Zhejiang Geely membeli 49.9% saham syarikat Proton pada tahun lalu.

Malaysia Minta Bantuan China Atasi Krisis Ekonomi?

Jika nilai pelaburan merupakan indikasi kepada tindakan Malaysia menjual negara, justeru China bukanlah ‘pembeli’ tetapi negara Jepun.

Seperti yang didedahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Jepun merupakan pelabur terbesar di Malaysia diikuti Jerman, Amerika Syarikat dan Singapura.

“Kita mempunyai pelabur pelbagai negara. Cuma dalam 2,3 tahun kebelakangan ini, lebih banyak pelaburan masuk dari China.”

mckip Contoh Pandangan Jauh Untuk Mengimbangi Pembangunan Pantai Barat & Timur

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika menyampaikan ucapannya pada program Bicara Minda & Sesi Dialog Parlimen Sungai Petani malam tadi berkata, pelaburan China ke dalam Malaysia berada di kedudukan ke-10, justeru tidak mungkin Malaysia telah ‘dijual’ kepada China.

“Cuba kita imbau pada zaman Tun Dr Mahathir macam mana. Jambatan Pulau Pinang siapa kontraktornya? Bukankah daripada Korea?

“Menara Berkembar (Kuala Lumpur) siapa yang bina? Menara pertama konsortium daripada Jepun, menara kedua syarikat daripada Korea Selatan. Menara Telekom kontraktor utama daripada Korea dan Menara Kuala Lumpur syarikat daripada Jerman.

“Pada masa itu orang tidak bercerita pula negara dijual kepada Jepun dan Korea. Ini kerana pada masa tersebut tidak ada iPhone, iPad dan sebagainya,” katanya merujuk kepada kepesatan penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat.

KLIA, KLCC, Proton Dibiayai Jepun, Tidak Pula Mahathir Kata Jual Negara

Pakar geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan di dalam forum “Pelaburan China di Malaysia: Apa Isu Sebenarnya?” mendedahkan bahawa pelabur China sudah lama melabur di Malaysia.

China memperkenalkan laluan suteranya iaitu inisiatif “One Belt, One Road” ke Malaysia semenjak 2013 lagi tetapi ketika itu tidak menjadi buah mulut pembangkang.

Katanya, pada waktu itu, Amerika Syarikat menjadi mangsa persepsi pembangkang kerana merupakan pelabur utama di Malaysia.

“Sebenarnya mengkambinghitamkan China ini adalah percaturan politik, permainan persepsi pihak tertentu. Kalau kita ungkit kembali pada 2013, (soal) China tak timbul. Kambing hitam ketika itu adalah Amerika Syarikat. Malaysia China dah lama berdagang,” katanya.

Mahathir Dalam Bukunya Menasihati Rakyat Malaysia, Jangan Takut Dengan China

Ujarnya, mainan persepsi ini menjadi modal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memanipulasi minda pengundi untuk membenci Najib dengan harapan Barisan Nasional (BN) akan tumbang pada PRU14 akan datang.

Perkara ini juga diakui oleh bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarul Azman Habibur Rahman – parti yang diterajui oleh Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan parti salah satu parti komponen Pakatan Harapan.

Kata Kamarul, politik persepsi merupakan mainan Dr Mahathir sejak berada di dalam UMNO lagi.

Kamarul yang meninggalkan PPBM akibat amalan kronisme melampau Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebelum ini Dr Mahathir memainkan persepsi sikap chauvanis masyarakat Cina dalam DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

Sekarang selepas sudah berada dalam pakatan politik disertai DAP, Dr Mahathir ‘menyucikan’ DAP pula.

“Dan hari ini Dr Mahathir cuba mengalih perhatian orang Melayu agar tidak lagi merasa curiga terhadap DAP, sebaliknya terhadap negara China dengan membuat dakyah kononnya di bawah pemerintahan Datuk Najib, beliau ingin menjual negara kepada negara China.

“Inilah satu dakyah yang sepatutnya ditolak oleh rakyat dengan pemikiran yang rasional dan akal yang sempurna walaupun perkara tersebut datangnya daripada bekas Perdana Menteri seperti Dr Mahathir,” katanya.

DAP Mahu Jawatan TPM, Bukan PM - Mahathir

Tambah Kamarul lagi, PPBM yang merupakan ‘UMNO tiruan’ bukanlah sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan masyarakat Melayu seperti UMNO berikutan penubuhannya sendiri di atas arahan NGO Cina dan beberapa pemimpin Cina DAP sendiri.

Ujarnya, hakikatnya penubuhan PPBM ini berlaku di atas sifat dendam ekoran kegagalan Dr Mahathir untuk menukar kepimpinan negara sepertimana yang pernah beliau lakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Sumber: Malaysian Digest