Congak Kerusi Pakatan Harapan: DAP Bakal Jadi PM Selepas PRU14?

Congak Kerusi Pakatan Harapan: DAP Bakal Jadi PM Selepas PRU14?

Atas kertas, konon ada nama Melayu duduk sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum, tetapi ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi King Maker dari belakang.

Sekali lagi atas kertas itu cuma nampak nama Melayu tetapi isi penuh nama DAP. Itulah Pakatan Harapan (PH), blok yang diketuai dan dipimpin DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan pun penuh dengan nama tokoh DAP.

Kajian IDEAS: Pengundi Melayu-Islam Johor Percaya Pakatan Harapan Adalah Pakatan DAP

Belum pun Pilihan Raya Umum (PRU), Melayu yang ada dalam PH sudah pun dipermainkan DAP. Sedar atau tidak, kejadian di Negeri Sembilan pada minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Pada Konvensyen PH negeri itu, mereka jadi kecoh. Laungan ‘boikot’, ‘mana hak kami’ dan ‘tak adil’ diluahkan oleh mereka sendiri terhadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir.

Mereka dakwa parti cap bunga ada 6,000 ahli di Negeri Sembilan tetapi hanya dapat 6 kerusi sahaja untuk PRU ke-14. Jauh berbanding serpihan PAS sendiri iaitu PAN yang ada cuma 500 orang ahli pun boleh dapat 7 kerusi.

Sementara PKR yang dikatakan baru ada kurang 10,000 orang ahli tiba-tiba pula mendapat 12 kerusi DUN negeri tersebut. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Mohd. Sharul Anuar, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

ppbm Parti Satu Kerusi Tidak Layak Jadi Kapten Pembangkang

Ini bukan kali pertama PPBM Negeri Sembilan bergolak. Sebelum ini pun, banyak sudah berlaku pergaduhan dalam parti lambang bunga layu di negeri tersebut antaranya 6 April 2017, 500 ahli PPBM Rembau telah keluar parti.

Malahan 19 April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Cikgu Kamarul yang cukup dihormati pun sanggup keluar parti serpihan UMNO tersebut bersama-sama dengan 821 orang ahli parti yang lain dari seluruh negeri berkenaan.

Keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya ibarat retak menanti belah sahaja. Agihan kerusi secara pelik ini adalah bukti jelas bagaimana blok pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP.

PPBM Desak Agihan Kerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan Dinilai Semula

Lihatlah bagaimanakah Wan Azizah yang dilantik sebagai Presiden PH terus lari keluar dewan konvensyen pada hari tersebut dan langsung tidak boleh berbuat apa apa. Di manakah kehebatan beliau sebagai pemimpin blok itu?

DAP yang dapat kerusi agak banyak iaitu 11 kerusi DUN untuk PRU ke-14, sebenarnya 11 kerusi itu jugalah yang DAP menang sekarang dalam DUN Negeri Sembilan. Maknanya, kerusi kuat DAP tetap menjadi milik DAP.

DAP tidak beri pun kepada mana-mana rakan mereka dalam pembangkang. Di Perak pun begitu juga, pada 25 Januari 2018, Ketua Pemuda DAP Perak, Wong Kah Woh berkata bahawa DAP mahu menguasai negeri berkenaan.

Dalam DUN Perak sekarang ujar beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, DAP sudah ada 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang. Ini bermakna 75% pembangkang di Perak sebenarnya adalah DAP.

PAS: Tolak Perdana Menteri Boneka DAP

Mengikut analisis dibuat Dr. Kamarul Yusuf dari UUM, DAP Perak sasar rampas 32 kerusi. Jika PH berjaya kuasai Perak, maka komposisi kerajaan yang naik di Perak kalau Barisan Nasional (BN) tumbang adalah seperti berikut:

22 ADUN bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(a) 18 dari DAP.
(b) 4 dari PKR.

10 ADUN Melayu Islam, iaitu melalui:
(a) 6 dari PAN.
(b) 3 dari PPBM.
(c) 1 dari PKR.

Kerajaan yang bakal ‘naik’ ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak khasnya majoriti Melayu Islam sendiri sudah pernah berasa sekali detik hitam ditindas apabila BN tumbang tipis ketika PRU ke-12 pada 2008 lalu.

ADUN Melayu pembangkang dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar kerana parti itu tiada calon Melayu Islam. Di kiri dan kanan Nizar Jamaluddin, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali dalam setahun.

Duit konon untuk kajian projek terowong dasar laut yang berjuta-juta ringgit lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung kemudian mereka dijamu kerajaan DAP makan durian untuk ‘tutup mulut’.

lim guan eng 66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang

Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor lihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji ditabur masa mengundi tidak dibuat. Rakan rakan pembangkang seperti PAS diterajang keluar begitu sahaja.

Ini berlaku ke atas parti Islam itu sesudah DAP mendapat kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Wakil PAS dilucut jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi milik kerajaan negeri sendiri.

Sama juga formula agihan kerusi PH di peringkat pusat, DAP konon hanya bertanding 35 kerusi, walhal semuanya di tempat selamat DAP sendiri. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada calon PAN, PKR atau PPBM.

Pembahagian Kerusi: Lim Guan Eng Beri Amaran Kepada PAN

Semasa Konvensyen PH Kebangsaan, DAP hanya umum kerusi bertanding untuk Semenanjung Malaysia sahaja yang berjumlah 165 kerusi, padahal ia belum termasuk 57 kerusi lagi masing-masing di Sabah dan Sarawak.

Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak bakal habis dikuasai DAP. Oleh itu secara congak balik keseluruhannya, agihan kerusi blok pembangkang empat parti tersebut sebenarnya adalah seperti berikut:

(a) DAP = 92 kerusi
(b) PKR = 51 kerusi
(c) PPBM = 52 kerusi
(d) PAN = 27 kerusi

Jumlahnya adalah 222 kerusi. Siapakah yang akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP menang besar. Kalau pembangkang ‘rampas’ Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.

Tahukah Anda Mengapa DAP Terus Melindungi Hew Kuan Yau?

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, tokoh ikon ‘Superman DAP’ pernah dengan biadab dan angkuh cakap besar: “Ini game terakhir untuk ‘screw’ si Mahathir. Lim Kit Siang pula masih ada masa untuk banyak game lagi.”

DAP hakikatnya hanya mahu screw Melayu sahaja. Jika tumbang BN ditunjangi UMNO dan gigih pertahan syiar Islam, DAP pula akan kuasai pembangkang dan umat Islam di Malaysia bakal jadi seperti Singapura selepas ini!

Untuk rekod UMNO yang menerajui 13 komponen BN sejak merdeka masih berada di depan dengan 88 kerusi sekali gus membolehkan presiden parti keramat umat Islam terbesar dunia itu menjadi perdana menteri tanpa masalah.

Sebagai Melayu yang sedar apakah agenda tersirat DAP, jangan sesekali izin impian Malaysian Malaysia tercapai. Jangan benar BN tumbang, ayuh jadikan BN parti yang menang pada PRU kelak!

lim guan eng Perjuangan 'Malaysian Malaysia' DAP Jauh Lebih Bahaya

Sumber: Mynewshub