CRCC Nafi Terlibat Pegangan Saham SPV, Lim Guan Eng Lakukan Kesilapan RM4.5 Bilion

CRCC Nafi Terlibat Pegangan Saham SPV, Lim Guan Eng Lakukan Kesilapan RM4.5 Bilion

Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan China Railway Construction Corporation (CRCC) telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka bukan pemegang saham dalam ‘Special Purpose Vehicle (SPV)’ projek Terowong.

Hujah Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyatakan projek terowong bawah laut berkenaan disokong modal berbayar berjumlah RM4.5 bilion tidak lagi boleh digunapakai.

Hal ini akibat kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham.

Kesilapan ini telah dilakukan di dalam sidang media rasmi Setiausaha Kerajaan DAP Pulau Pinang, dan telah diulang sebanyak 6 kali di pelbagai majlis lain kepada media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Perkara ini telah didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Ir Wee Ka Siong dalam sebuah video yang di muat naik minggu lepas. Tonton video di bawah:

Hari ini, sekali lagi Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan sidang media bagi menepis dakwaan kononnya konsortium SPV tidak menepati syarat RM381 juta sebagai modal berbayar semasa kontrak berkenaan diberikan.

Bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menafikan memandangkan fakta sekarang adalah BUCG menarik diri sebagai pemegang saham konsortium SPV dan CRCC tidak pernah dilantik sebagai pemegang saham.

Joseph Lim Guan Eng berdalih dengan memberi alasan CRCC adalah sebuah syarikat kontraktor besar. Persoalan utama adalah, bagaimana besar sekalipun sesuatu kontraktor, projek berkenaan akan terbengkalai sekiranya pemegang saham iaitu konsortium SPV tidak mampu membayar kerja yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan.

Ini pula video balas daripada DS Dr Wee rentetan video Sidang Media Ketua Menteri Pulau Pinang. Tonton video di bawah:

Di akhir Sidang Media, Joseph Lim Guan Eng menuduh DS Liow Tiong Lai menyalahgunakan kuasa untuk mensabotaj projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menuduh DS Liow sebagai jurucakap CRCC?

Tidak begitu susah hendak menjawab tuduhan Joseph Lim Guan Eng ini. Minta sahaja CRCC mengeluarkan penafian atau arahkan CRCC untuk mendakwa dan menyaman DS Liow kerana memfitnah Kerajaan DAP Pulau Pinang, jika memang apa yang dikatakan DS Liow adalah salah. Apapun, kesimpulannya, Tokong aka Khalifah Umar Abdul Aziz Joseph Lim Guan Eng sudah terperangkap.

Sumber: Cucu Tok Selampit