DAP Adalah 'King Maker' Pakatan Harapan - PAS Selangor

DAP Adalah ‘King Maker’ Pakatan Harapan – PAS Selangor

DAP adalah ‘king maker’ (pembuat keputusan) Pakatan Harapan (PH), sebab itu PAS tidak boleh bekerjasama dengan gabungan pembangkang itu, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Ustaz Zamri Zainuldin.

Kajian IDEAS: Pengundi Melayu-Islam Johor Percaya Pakatan Harapan Adalah Pakatan DAP

“Pada kali ini, kita (PAS) nak menegaskan bahawa kita sesekali akan bersama dengan Pakatan Harapan ataupun Pakatan DAP.

“Kerana apa? Kerana DAP adalah king maker dan pembuat keputusan dalam Pakatan Harapan,” tegasnya.

Tambahnya, DAP adalah sebuah parti yang anti-Islam, buktinya parti itu menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat tahun lepas.

Pindaan Akta RUU 355, Bantahan & Penipuan DAP

Sumber: AIDC