DAP Sokong PAN, Tuduh Azmin Tak Layak Pimpin Pakatan Harapan Selangor

DAP Sokong PAN, Tuduh Azmin Tak Layak Pimpin Pakatan Harapan Selangor

DAP berpihak kepada PAN dalam isu perbalahan PAN-PKR berkaitan dengan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat Ronnie Liu menempelak Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkaitan isu tersebut.

Aktivis DAP, Ronnie Liu Mengaku Berbincang Dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu (Azmin) seorang yang bijak dan baik dalam politik. Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu,” kata Ronnie di Facebook, lapor FMT.

Ronnie turut menafikan parti komponen PH Selangor sudah bermesyuarat 4 kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.

“Bagi saya, kamu (Azmin) sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.

PAN Mula Kempen Pakatan Harapan Tanpa Azmin!

Ronnie yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor turut menuduh Azmin seorang penipu yang berusaha untuk mensabotaj PH Selangor.

“Tolak MB Min (Mohamed Azmin) bukan tolak PKR. Tolak PAS bukan tolak Islam. Tolak MB Min kerana dia sabotaj PH (Pakatan Harapan). MB Min yang kata Amanah (PAN) menipu. Sebenarnya dia yang menipu,” katanya, dilapor BH.

Sumber: AIDC