Di Mana Yang Boleh, Saya Akan Hapuskan Tol - Najib Razak

Di Mana Yang Boleh, Saya Akan Hapuskan Tol – Najib Razak

“Bila mampu, saya akan hentikan kutipan tol. Ia menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan komitmennya untuk menghentikan kutipan tol di lebuhraya di Malaysia.

Kata Najib “saya tak suka tol”, tidak seperti pemimpin terdahulu mencipta perjanjian konsesi berat sebelah yang hanya menguntungkan syarikat konsesi semata-mata.

Mahathir Pertahan Kadar Tol, Termurah Di Dunia

“Saya tidak percaya kita kena membayar tol setiap hari. Kalau di Lebuh Raya Utara Selatan atau Karak tidak mengapalah sebab bukan kita guna hari-hari. Macam ada pemimpin terdahulu, beliau memang suka tol tetapi saya tidak suka.

“Sebab itu, kita bina Projek Lebuhraya Pan Borneo tiada tol. Saya beri jaminan apa sahaja yang boleh saya lakukan, saya akan hapuskan tol. Ini semua masalah legasi. Saya akan lihat semula keputusan  terdahulu yang membebankan rakyat termasuk isu tol,” katanya dalam Forum Bajet 2018 Bersama Rakyat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), semalam.

Untuk rekod, Najib semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemansuhan bayaran empat tol berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Tol yang dimaksudkan adalah Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Ada Pihak Gelisah Tol Mansuh Di Selangor

Tiga tahun selepas menggalas tugas selaku Perdana Menteri, Najib juga telah memansuhkan dua tol iaitu Plaza Tol Batu 9 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan di Batu 11 menghala ke Kajang berkuatkuasa 1 Mac 2012.

Tindakan tersebut merupakan petunjuk bahawa Perdana Menteri tidak menyukai tol.

Pada majlis di PPUKM, Najib menyatakan tekadnya untuk menyelesaikan masalah konsesi tol dimeterai Perdana Menteri terdahulu yang menjadi beban legasi kepada rakyat.

“Saya terpaksa merungkai masalah-masalah legasi yang tidak berkaitan dengan kepentingan rakyat,” kata Najib lagi.

Ikuti penjelasan Najib mengenai kaedahnya untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan pemimpin terdahulu menerusi pautan di bawah:

Sumber: Malaysian Digest