Facebook Najib Kena Serang Gara-Gara Mahu Hapus Lebih Banyak Tol

Facebook Najib Kena Serang Gara-Gara Mahu Hapus Lebih Banyak Tol

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan tekadnya untuk menghapuskan semua perjanjian berat sebelah oleh bekas Perdana Menteri sebelumnya, termasuk perjanjian konsesi tol dan penjana tenaga bebas (IPP).

Najib, ketika membuat janji tersebut semasa Forum Bajet 2018 Bersama Rakyat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Khamis lepas menyifatkan janji tersebut sebagai mengarut.

“Saya tak percaya kalau kita kenakan tol setiap hari ianya baik untuk rakyat. Saya tak percayakannya. Tapi kalau Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak, ya. (Sebab) kita jarang pakai.

“Tapi kalau hari-hari bayar tol, 2 kali, 4 kali, sesiapa pun sakit hati. Saya tak percayakannya (baik kepada rakyat).

“Perdana Meteri sebelum saya sangat menggemari tol. Saya tak suka tol,” kata Najib turut menyifatkan perjanjian konsesi tol dan IPP sebagai perjanjian ‘sweetheart‘ dan mengarut.

Najib memuatnaik ringkasan ucapannya berhubung isu berkenaan di Facebook pagi tadi dan mendapat ‘serangan’ hebat dalam kalangan netizen.

Ramai pengguna Facebook meninggalkan komen ‘#NajibPMKita’ sebagai tanda sokongan kepada Najib menghapuskan masalah legasi tersebut.

Untuk rekod, Najib semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemansuhan bayaran empat tol berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Tol yang dimaksudkan adalah Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Tiga tahun selepas menggalas tugas selaku Perdana Menteri, Najib juga telah memansuhkan dua tol iaitu Plaza Tol Batu 9 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan di Batu 11 menghala ke Kajang berkuatkuasa 1 Mac 2012.

Sumber: Malaysian Digest